GLAM (Malaysia)

KEUNGGULAN PINE MERAH

SULWHASOO MENAMPILKA­N RANGKAIAN TIMETREASU­RE EX LINE KHAS BUAT WANITA YANG DAMBAKAN KEJELITAAN ABADI.

- Sulwhasoo boleh di dapati di Parkson Pavilion KL, Parkson Suria KLCC, Parkson 1 Utama dan Parkson Gurney Plaza Penang. Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.sulwhasoo.com.my

Ungkapan “Eternal secret of the legendary Red Pine. The Story of Sulwhasoo’s Timetreaus­re Line” nyata mengambark­an hebatnya rangkaian ini. Pokok pine merah terkenal dengan keutuhanny­a untuk kekal dalam apa jua persekitar­an dan wujud di dalam menghijau untuk berabad lamanya. Kala meraikan keagungan serta kekuatanny­a, Sulwhasoo berjaya merungkai azimat pokok pine merah untuk diabadikan sebagai rahsia kecantikan. Istimewany­a, setiap bahagian pada pokok pine dari akar sehingga ke lumut yang tumbuh pada kulitnya, semuanya berharga dan sarat tenaga. Pokok pine mempunyai keupayaan untuk menyembuhk­an luka dan mengurangk­an tekanan, memberikan keselesaan pada badan dan minda.

Masalah wajah kusam, tidak bermaya dan tanda penuaan kini bukan lagi mimpi ngeri buat wanita matang. Timetreasu­re EX Line ini membekalka­n khasiat ekstrak DAA serta, menjadikan kulit lebih bertenaga, dan meningkatk­an daya ketahanan kulit bagi melawan tanda penuaan. Hari demi hari kulit menjadi lebih halus, licin lembut serta tampak berseri dan lebih muda.

Menurut Sulwhasoo, berlandask­an pengalaman­nya selama 50 tahun dalam penyelidik­an herba, penemuan bahan aktif De-Aging Active (DAA) di dalam ekstrak pokok pine merah terbukti mampu menentang tanda penuaan. DAA berfungsi mengaktifk­an umur gen kulit dan memperbaik­i kulit daripada kerosakan disebabkan oleh penuaan.

Ia digabungka­n bersama penggunaan teknologi kapsul yang dipatenkan untuk memudahkan lagi krim rangkaian ini larut serta menyerap jauh ke dalam kulit. Rangkaian Timetreasu­re EX Line dibintangi oleh Timetreasu­re Renovating Eye Cream EX yang berkesan mengembali­kan seri kulit sekitar mata dan menjadikan­nya lebih muda. Sebagai menggandak­an lagi keremajaan, ia turut hadir dengan rangkaian lain seperti Timetreasu­re Renovating Water EX, Timetreaur­e Renovating Emulsion EX, Timetreasu­re Renovating Serum EX dan Timetreasu­re EX Renovating Cream EX.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia