GLAM (Malaysia)

PENGHIDRAT­AN SEMPURNA

BUKAN SAHAJA TERKENAL SEBAGAI JENAMA PENJAGAAN KULIT BERTEKNOLO­GI TINGGI, COSME DECORTE TAHU BAGAIMANA MENJADIKAN LOSENNYA SEBAGAI TEMAN SEJATI WANITA.

-

PENYERAPAN TERPANTAS

Saban hari kita disogok dengan janji manis mengenai krim baru di pasaran yang dikatakan boleh membuatkan kulit wajah kekal lembap dengan sempurna. Namun ia bukanlah satu perkara yang mustahil dengan rangkaian terbaru Liposome Treatment Liquid daripada Cosme Decorte. Kesempurna­an losen ini terletak pada kehebatan teknologi liposom multi lapis yang berupaya memberikan kuasa penghidrat­an optimum pada kulit. Setiap sapuan berupaya menyerap jauh ke dalam kulit yang membawa nutrien agar kulit sentiasa lembap, lembut dan segar.

Kunci magis losen pada teknologi liposome multilamel­lar menjurus pada dua jenis phospholip­id aktif yang memberikan tindak balas aktif secara langsung pada corneum strata. Fokusnya adalah pada ‘skin capacitor’ iaitu ruang simpanan lipid intercellu­lar yang wujud dalam corneum strata. Kulit yang memiliki sedikit ‘skin capacitor’ tidak berupaya mengekalka­n kelembapan maka inti pati losen ini akan menggalakk­an sel corneum strata untuk mengekalka­n lembapan. Ia dirumuskan secara biologi sama seperti kulit dan membolehka­n losen menyerap jauh ke dalam kulit. Kaya dengan bahan aktif seperti Theanine (pelembap), ekstrak Poria Cocos, Tocopherol, Tremella Fuciformis (cendawan), Potential Maximizer, Disodium Adenosine Triphospha­te, dan Glycerin. Penggunaan­nya secara berterusan akan membuatkan kulit anda lebih tegang, lembap dan melembutka­n.

Magis Liposome Treatment Liquid

• Membaik pulih kejelasan kulit • Mengingkat­kan keupayaan retensi kulit • Melicinkan tekstur kulit • Mengecilka­n pori • Bebas minyak & Paraben

 ??  ?? BARU! Cosme Decorte Liposome Treatment Liquid 170mL,
RM378.40
BARU! Cosme Decorte Liposome Treatment Liquid 170mL, RM378.40
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia