GLAM (Malaysia)

Nor Soraya Ghazalie

Pengarah Perhubunga­n Awam, Releves Communicat­ions

-

Sejak bila anda mula bersenam dan berapa kerap anda melakukann­ya?

Ia bermula pada Oktober 2012. Pada mulanya saya mencuba senaman ini sekadar suka-suka selepas tertarik melihat gambar yang dimuatkan

akaun laman sosial Instagram. Sejak itu ia menjadi rutin harian sebelum menghantar anak

kesekolah dan sebelum ke pejabat.

Pendapat anda, posisi yang ringkas untuk dimulakan oleh individu. Juga, apakah kebaikanny­a?

Downward facing dog! Renggangan ini merangkumi keseluruha­n tubuh. Jadi ia berguna untuk kesemua latihan yoga anda. Ia juga posisi sempurna untuk ketenangan dan merupakan pusat keseimbang­an yang baik.

Bagaimana pula dengan posisi yoga kesukaan anda. Mengapa?

Terlalu banyak! Secara generalnya, saya lebih gemarkan ‘backbends’ dan apa juga posisi terbalik, upside down! Because even when we are grounded, we can all be bent out of shape and out of our comfort zone and elements. Apa yang penting adalah kita perlu kekalkan ketahanan.

Pesanan untuk mereka yang mahu mencuba senaman ini?

Yoga sama seperti sukan lain yang memerlukan konsistens­i dan latihan yang bukan sekadar mendaftar di kelas atau studio. Ia memerlukan lebih kerja dan tenaga dalaman. Jadi, bagi wanita yang mahu memulakan senaman ini, saya sarankan anda mencuba di kelas percuma terlebih dahulu. If you like something fast paced, take a Vinyasa class. If you like something in the middle take a Hatha class. Instagram is where I occasional­ly share tips for achieving poses and stretching your body out!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia