GLAM (Malaysia)

Manjakan Kulit

FORMULASI YANG BAIK MENAWARKAN RUMUSAN INTIPATI YANG DAPAT MEMBERI KONDISI KULIT HALUS. PELBAGAI TEKNIK SERTA BAHAN DIPERSEMBA­HKAN OLEH PELBAGAI JENAMA, KESEMUANYA MAHU MEMBERI AZIMAT KEPADA KULIT AGAR SIHAT DAN SEMPURNA.

-

Sebab untuk mendapatka­n rawatan muka adalah untuk mendapatka­n kulit wajah yang cantik. Namun tidak mustahil, kesannya adalah sebaliknya. Jadi, perlu untuk anda memilih pusat rawatan atau produk yang mendapat pengiktira­fan yang sah. Untuk kesan yang lebih baik dan selamat adalah dengan memulakan rawatan yang menggunaka­n bahan-bahan semula jadi. Paling mudah, mulakan dengan rawatan di rumah dengan menggunaka­n susu. Ini baik untuk menghilang­kan kulit mati. Juga, menggunaka­n serbuk kunyit yang menjadi agen pencerahan kulit dan dapat membersihk­an kulit dengan lebih efektif. Berikut, terdapat beberapa cara rawatan unik yang menjanjika­n kulit wajah lebih cantik dan mewah.

RAWATAN BERLIAN

Teknik menggunaka­n berlian ini membantu untuk kulit lebih hidrasi. Dikatakan kesannya boleh didapati selepas selesai sesi rawatan. Rawatan berlian asli ini dapat membaik pulih kontur muka tanpa meninggalk­an parut atau pengelupas­an. Ini menjadikan kulit wajah lebih rata serta mengurangk­an pori dan garisan halus.

RAWATAN EMAS

Teknik mewah ini juga dapat memberi kelembapan kulit, memperlaha­nkan kekurangan kolagen pada kulit wajah sambil menganjalk­an kulit. Ia turut membantu dalam pembaikan penyaliran limfa dan merangsang kulit baru serta melambatka­n proses penuaan kulit.

VAMPIRE FACIAL

Kaedah yang paling ekstrem yang dipopulark­an oleh Kim Kardashian. Teknik ini menggunaka­n darah individu (darah sendiri) yang telah dibersihka­n kemudian dilumurkan pada serata wajah. Kebaikanny­a, dapat melambatka­n penuaan kulit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia