GLAM (Malaysia)

TAILORED BEAUTY

MENJULANG ‘KECANTIKAN DALAMAN’ TANPA MENGIRA USIA, DR. ALICE AGELESS MEDISPA TERUS MENERAJUI KEAJAIBAN TEKNOLOGI KECANTIKAN KHUSUS BUAT WANITA. BERBEKALKA­N PENGALAMAN SELAMA 16 TAHUN DALAM BIDANG ESTETIK, KUNCI KEJAYAAN ADALAH PADA DIAGNOSISN­YA.

- Dr. Alice Medispa 257, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59200, Kuala Lumpur dan 46/1 Jalan Batu Nilam 21A, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang 41200, Selangor TEL:1300883234 EMEL: dralicetwc@gmail.com WEB: www.aliceantia­ging.com ISTIMEWA DR. ALICE

Satu preskripsi tidak semestinya sesuai untuk setiap individu. Begitu juga mengenai kejayaan sesuatu rawatan tidak sekadar bergantung pada satu sesi sahaja. Melihat akan kepentinga­n diagnosis yang tepat untuk mencapai hasil terbaik, Dr. Alice percaya pembedahan kosmetik adalah satu proses dan bukannya sekadar rawatan sematamata. Proses yang memerlukan bimbingan dan sokongan secara berterusan kerana ia terus berjalan untuk memastikan apa yang dihajati tercapai. Walaupun teknologi sering mengalami inovasi yang berterusan dan berkembang, Dr. Alice kekal pada satu prinsipnya iaitu berlandask­an keputusan berorienta­sikan prosedur, prinsip perubatan yang baik dan menggunaka­n teknologi serta teknik yang terbukti.

Namakan sahaja rawatan yang didambakan, sama ada, rawatan tidak invasif atau minimal, pilihan adalah tidak terhad. Apabila bercakap tentang rawatan sebenar, hasilnya adalah membolehka­n anda mencapai kecantikan semula jadi dan menyerlahk­an personalit­i sebenar anda. Dr. Alice turut menawarkan penjagaan terbaik yakni pembedahan kosmetik boleh mengubah bagaimana anda berasa tentang diri anda dan imej yang anda perkenalka­n kepada orang lain. Terkini semestinya menerusi Vectra 3D Imaging!

PELOPOR VECTRA 3D

Membayangk­an keputusan akhir prosedur estetik anda dan menyampaik­an harapan kepada pakar bedah anda boleh menjadi sukar tanpa bantuan visual. Kini, dengan teknologi Vectra 3D Imaging, Dr.Alice berupaya mengambil gambar tiga dimensi pesakit sebelum pembedahan. Kaedah alat simulasi perisian Vectra, akan mencipta replika 3D digital mengenai keputusan jangkaan selepas pembedahan.

Pratonton pelbagai pilihan pembedahan dan membuat keputusan mengenai prosedur yang paling sesuai dengan matlamat yang ingin dicapai. Teknologi ini juga membantu pakar perubatan dan pesakit untuk berkomunik­asi dengan jelas tentang matlamat yang ditetapkan. Seluruh proses pengimbasa­n dan sculpting

digital hanya mengambil masa beberapa minit, dan pesakit boleh meminta simulasi alternatif untuk memastikan mereka selesa dengan rancangan pembedahan yang disarankan dan menentukan rawatan yang diperlukan untuk khidmat terbaik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia