GLAM (Malaysia)

RAHSIA SILUET SEMPURNA

MARIE FRANCE BODYLINE TERKENAL DENGAN PRODUK YANG MENAWARKAN FORMULA 100 PERATUS SEMULA JADI, TEKNOLOGI TINGGI DAN PRODUK PENGURUSAN BERAT BADAN YANG TERKINI.

- TEKS & PENYELARAS YUSAIRI FITRI GAMBAR ROBIN YONG ARAHAN SENI IERA NADZLIM SOLEKAN DAN DANDANAN TIAR ZAINAL

Igauan untuk kelihatan langsing dan sentiasa anggun dalam penampilan sentiasa diidamkan setiap wanita. Impian yang sama ini dikongsi bersama dua personalit­i menawan iaitu Nikki Azura dan Natasha Mohamad. Hari ini GLAM dan Marie France Bodyline bersama-sama merasai rawatan pelangsing­an terbaru yang bergelar VS3 Radio Wave Body Perfector .

MENARIK MENGENAI VS3 RADIO WAVE PERFECTOR

Marie France Bodyline VS3 Radio Wave Body Perfector adalah rawatan pelangsing­an badan yang pertama di Singapura dan Malaysia yang menggunaka­n teknologi gelombang radio (kombinasi yang kuat frekuensi bi-polar, tenaga infra merah dan tindakan vakum). Ia menembusi sehingga 15mm ke dalam lapisan kulit dan mendorong haba menerusi lapisan asas tisu kulit dan lemak. Teknik haba ini turut merangsang metabolism­a lemak dan kolagen.

VS3 Radio Wave Body Perfector juga dipertingk­atkan dengan BioComplex dan Chocolate Mousse Pack yang merangsang peredaran darah, menyahtoks­in, meratakan serta menyuburka­n permukaan kulit untuk kontur lebih tegang dan licin. Ujian perubatan menunjukka­n keputusan yang konsisten untuk penguranga­n lemak yang disasarkan. Ia berkesan dalam mengurangk­an kewujudan selulit. Keputusan kajian yang telah dijalankan menunjukan sasaran kulit akan mengecil sebanyak 24cm.

*Ekskslusif untuk pembaca GLAM. Sesi rawatan percubaan pertama VS3 RADIO WAVE BODY PERFECTOR @ RM139 (Harga asal: RM614.80)

 ??  ?? NIKKI AZURA MELAKUKAN RAWATAN VS3 PADA BAHAGIAN LENGAN
NIKKI AZURA MELAKUKAN RAWATAN VS3 PADA BAHAGIAN LENGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia