GLAM (Malaysia)

Qistina Taff

Dia salah satu tulang belakang yang menjadi penyambung legasi keluarga. Qistina Taff, wanita bervisi tinggi dan berwawasan luas ini melangkah berani dengan mempelopor­i bisnes kulinari di sekitar Lembah Klang.

- OLEH ZUHAIRIE SAHROM ARAHAN SENI A FIQ KHAIRUDIN GAMBAR SOO PHYE

Meraikan isu September 2015, GLAM buat pertama kalinya menghampar­kan halaman baru iaitu wacana yang membicarak­an gaya hidup wanita yang bervisi, tinggi aspirasiny­a sekaligus menjadi inspirasi kepada yang lain. GLAM tumpang bangga melihat kejayaan yang direncanak­an wanita muda ini yang telah mekar namanya di dalam bisnes kulinari bersama keluarga. Bekerja keras, Qistina Taff sentiasa memikirkan solusi bagi setiap cabaran yang dihadapi tidak kira daripada segi teknikal mahupun operasi. Lulusan jurusan Seni Reka Dalaman ini mengakui segala-galanya berlaku secara kebetulan dengan hasrat ingin membantu ibu. Berbekalka­n pimpinan keluarga dan suami tercinta, bisnes keluarga dikembangk­an dan hari ini dia bangga legasi restoran Serai dilebarkan sayapnya dengan beberapa cawangan lain termasukla­h kelahiran Jibby & Co. dengan konsep sedikit berbeza.

RUSTIC INDUSTRIAL Lokasi penggambar­an berlangsun­g di restoran Jibby & Co. yang terletak di luar bangunan membeli-belah Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Teringat kali pertama saya bertandang ke restoran ini pada awal tahun lalu, sambutan yang diberikan dikalangan pencinta gastronomi tempatan amatlah membanggak­an. “Sejujurnya kami sangat terharu dengan sambutan serta galakan yang diberikan. Meski ketika itu kami tidak membuat pemasaran secara rasmi. Hanya sekadar muat turun foto-foto melalui media sosial daripada pengunjung, Jibby terus dihujani pelanggan sehingga ke hari ini. Alhamdulli­lah, syukur,” tutur Qistina.

Berkonsepk­an rustic industrial, dekorasi ruang yang ditampilka­n sungguh nyaman sekali. Cosy, itulah ungkapan yang paling tepat untuk menggambar­kan keindahan ruangan restoran ini. Bangunan kaca dua tingkat ini memberikan nafas baru untuk liburan bersama teman di hujung

 ??  ?? QISTINA TAFF DALAM PERSALINAN CAROLINA HERRERA
QISTINA TAFF DALAM PERSALINAN CAROLINA HERRERA
 ??  ?? MOOD RUSTIC INDUSTRIAL MENJADI PILIHAN
MOOD RUSTIC INDUSTRIAL MENJADI PILIHAN
 ??  ?? DEKORASI RUANG HADAPAN DITAMPILKA­N DENGAN PADUAN KONTEMPORA­RI BERBALUT MERSA CITA RASA VINTAJ
DEKORASI RUANG HADAPAN DITAMPILKA­N DENGAN PADUAN KONTEMPORA­RI BERBALUT MERSA CITA RASA VINTAJ
 ??  ?? JUBIN RETRO DI RUANG HADAPAN MENJADI TARIKAN JIBBY&CO.
JUBIN RETRO DI RUANG HADAPAN MENJADI TARIKAN JIBBY&CO.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia