GLAM (Malaysia)

LIVE LIFE EAT CAKE

“Semuanya diolah sendiri oleh suami saya yang ingin membawakan mood rustik Australia yang sememangny­a dikenali dengan sentuhan santai dan relaks.”

-

minggu. Seleksi hidangan yang digarap sendiri oleh suaminya menjadi tarikan utama restoran ini. “Membuka tirai pada awal tahun lalu, Jibby adalah nama panggilan suami. Semuanya diolah sendiri oleh suami saya yang ingin membawakan mood rustik Australia yang sememangny­a dikenali dengan sentuhan santai dan relaks.”

IMPIAN KULINARI “Sudah lama kami menyimpan hasrat untuk membuka restoran yang berlainan konsep daripada Serai. Tetapi melihat tidak ada kekosongan lot di dalam kawasan membeli-belah di Empire, impian kami terkubur. Namun, pihak pengurusan mengatakan mereka punya tempat untuk disewakan. Percaya atau tidak, mereka mahu kami bina bangunan baru di hadapan Empire. Segala-galanya dipilih sendiri. Apa yang kami inginkan adalah pengunjung berasa seperti berada di rumah sendiri!” terang Qistina.

Membesar dalam bidang Perhotelan dan Hospitalit­i, Qistina berkata mungkin inilah yang menjadi inspirasin­ya. “Berkhidmat dalam industri F&B mungkin mengalir dalam diri secara tidak sedar. Siapa sangka berbekalka­n ilmu yang diturunkan oleh keluarga saya mampu memajukan bisnes famili. Pengalaman juga merupakan guru yang terbaik buat saya.”

Qistina juga gemar melancong. Antara aktiviti yang sering di lakukan kala berlibur adalah melewati ke bazar-bazar jalanan. “Menjadi agenda saya sejak dahulu lagi jika bercuti, saya akan singgah ke flea market mencari hidden treasures. Justeru itu, dekorasi di Jibby punya ceritanya tersendiri. Kebanyakka­n aksesori yang menghiasi Jibby adalah hasil ‘ buruan’ saya dan suami di flea market. Antara yang sering saya kunjungi adalah pasar antik Portobello dan beberapa bazar sekitar Eropah. Setiap kali memandang perhiasan tersebut, setiap kali itu momen percutian indah tersebut akan menjengah ingatan,” tuturnya menutup bicara kami senja itu.

 ??  ?? ANTARA KOLEKSI KASUT QISTINA
ANTARA KOLEKSI KASUT QISTINA
 ??  ??
 ??  ?? SUDUT SANTAI MENYAMBUT TETAMU YANG HADIR
SUDUT SANTAI MENYAMBUT TETAMU YANG HADIR
 ??  ?? QISTINA TAFF DALAM SUAI PADAN FIZI WOO
QISTINA TAFF DALAM SUAI PADAN FIZI WOO
 ??  ?? KIPAS LAMA PELENGKAP RUANG
KIPAS LAMA PELENGKAP RUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia