GLAM (Malaysia)

Opulent Restraint

-

Inti pati ceraian yang menjadi taruhan utama Michael Kors mewujudkan wanita yang lebih relaks dalam penataan gaya namun tidak langsung mengenepik­an rentak glamor mereka. Aizat Aidid duduk bersama raja fesyen New York ini lantas mencungkil rahsia di sebalik kisah himpunan musim luruh 2015 di Minggu Fesyen New York.

New York seakan tahu yang Michael Kors bakal menghimpun­kan koleksi musim luruh yang serba anggun dengan gabungan material mewah dan perincian yang menjerit rasa klasik. Tidak ambil endah dengan luruhan salji di pagi hari, para kelompok fesyen terus gigih melangkah keluar daripada kereta masing-masing yang diberhenti­kan tepat di muka Studio Milk. Saat sejuk yang cukup mencengkam ini, juru gambar terus menjalanka­n tugasan merakam personalit­i yang hadir buat menyaksika­n sendiri himpunan terbaru Michael Kors yang juga merupakan orang penting dalam mendefi nisikan semula gaya wanita Amerika Syarikat. Seterusnya dia juga berjaya dalam mendidik wanita dunia untuk menghargai gaya liburan mewah. N

EW YORK MOMENT Melihat persalinan wanita New York, ia masih belum dapat ditafsirka­n sepenuhnya oleh Michael Kors. Gaya yang cukup kontra di antara yang dipertaruh­kan oleh Michael Kors dengan ceraian yang disarung oleh wanita New York mencipta momen gaya mereka yang tersendiri. Jika wanita Milan tampil seksi ala Dolce & Gabbana dan Isabel Marant pula menjadi guru dalam membina gerobok wanita Paris maka tidak mustahil yang Michael Kors ini mampu untuk memberikan stail baru kepada seisi wanita kota New York. Mereka yang dilihat sebagai wanita yang mengejar cita-cita dan tahu apa visi yang hendak dicapai sedikit sebanyak memberikan idea baru kepada Michael Kors untuk menghimpun­kan koleksi musim luruh yang mahu mengimbang­i suasana relaks dalam nafas glamor.

Namun, kekukuhan jenama Michael Kors ini boleh dilihat sebagaiman­a dia mencipta gaya wanita yang berlibur dan masih terus nampak glamor. Sesuatu pasaran yang masih tidak dapat dilangkau oleh mana-mana jenama. Ini kerana Kors amat arif dalam melancarka­n ceraian glamor dan

bersifat mesra liburan. Identiti yang diteruskan sejak pertama kali diperkenal­kan pada 1981 ini menjadi satu medium di antara Michael Kors dan wanita dunia yang mempunyai gaya hidup mewah dan sekali gus menjadi apresiasi kepada wanita lain untuk mengubah cita rasa mereka. Lalu, ia diterjemah­kan pada koleksi musim luruh 2015 yang dipersemba­hkan dengan sinar mentari nan terik menyimbah ruang legar dan berlatar belakangka­n keindahan kawasan Hudson River. R

ENCAH RELAKS GLAMOR Sehari sebelum berlangsun­gnya pertunjuka­n, sempat saya duduk bersama Michael Kors dan melihat ceraian kegemaran dan dia sendiri memberi tahu cerita di sebalik koleksi ini. Jika musim bunga yang terdahulu, Kors girang bermain dengan ceraian yang disimbah dengan rona lembut serta sentuhan applique bentuk bunga. kali ini Kors membawa wanitanya ke dalam satu suasana yang cukup ringkas dan masih mempunyai nada glamor. Kongsi Kors, buat himpunan musim luruh dia mahukan wanita untuk lebih bersifat bersahaja. Lalu tidak mustahilla­h jika koleksi musim luruh ini Michael Kors membuka acara dengan slip dress kait dalam potongan bias yang cukup relaks dan dipadukan bersama jaket bulu musang yang mewah.

Sempat saya bertanyaka­n, apa yang menjadi ceraian penting koleksi kali ini? Lalu, terus Kors menjawab yang kekuatan buat himpunan musim luruh ini bergantung pada ceraian jaket yang hadir dalam pelbagai bentuk. “Klien di Michael Kors bukan hanya tertumpu pada satu status sahaja. Kami mempunyai wanita yang baru sahaja tamat persekolah­an, ada yang sering berpergian dan ada wanita yang bijak menikmati gaya hidup mewah. Maka mereka ini akan diraikan dengan pilihan jaket yang menepati status mereka. Selain itu, jaket di Michael Kors senang digayakan dan mempunyai kombinasi yang sesuai dengan keadaan musim global. Wanita Michael Kors tahu yang setiap pembelian jaket label ini adalah satu pelaburan fesyen,” ujarnya.

Melihat himpunan musim luruh 2015 Michael Kors bagai mahu memberikan defi nisi baru glamor kepada wanita. Gaya glamor sudah tidak lagi sama dengan apa yang disarungka­n oleh ibu kita. “Koleksi ini adalah cara untuk saya berkongsi menukar sedikit rasa glamor. Cukup sekadar dengan helaian dress dalam potongan ringkas dan ditambah perincian bulu pelepah.” Maka boleh dilihat bagaimana Kors menjadikan baju tidur yang mungkin dilihat sesuatu yang cukup ringkas dan kini boleh disarungka­n luar kamar tidur. Dengan hanya penambahan jemeki serta fur stole wanita terus tampil mewah dan santai. Kors turut menambah yang glamor kini boleh digayakan di waktu siang dengan hanya menjinjing beg berkulit buaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia