GLAM (Malaysia)

Radikal America

- Oleh AIZAT A IDID

Koleksi Coach kali ini membiaskan sisi Amerika yang lebih misteri. Suntikan lebih edgy memberikan seleksi kepada wanita Coach untuk tampil lebih berani dan bersifat radikal. Namun begitu Stuart Vevers kekal memberikan sentuhan mewah selari dengan visinya yang mahu meletakkan jenama kebanggaan Amerika ini pada pentas yang lebih tinggi.

Sudah termaktub yang Stuart Vevers bukan warga Amerika Syarikat. Dia yang berasal dari England masih berbicara dengan loghat Yorkshire yang kental. Namun, memegang jawatan Pengarah Kreatif buat Coach, jenama Amerika Syarikat tidak pernah menjadi halangan padanya menghembus­kan nafas Amerika dalam karyanya. Dia bahkan melihat Amerika Syarikat dari kaca mata baru dan itu menjadi resipi kejayaan Coach sekarang. Vevers cuba melihat Amerika pada sisi yang jarang dilihat oleh para pereka fesyen yang berasal dari negara itu. Siapa sangka, Vevers mengambil peluang mengelilin­gi Amerika Syarikat dengan kereta api Amtrack yang membawa dia melihat kawasan-kawasan yang tidak pernah diberikan perhatian oleh jenama lain. Lalu, perjalann ini diterjemah­kan ke dalam koleksi barunya.

Kekuatan koleksi Coach musim luruh oleh Vevers membiaskan rasa yang cukup maskulin. Dia bermain dengan idea yang ‘ dipinjamka­n’ daripada kawasan Midwestern. Jaket menjadi item paling utama. Jaket kulit yang memonopoli koleksi ini disertakan dengan perincian bulu agar terserlah cita rasa mewah yang mahu diterapkan oleh Vevers pada Coach. Maka benarlah seperti yang dicanangka­n. Vevers adalah raja dalam penghasila­n koleksi

outerwear yang baru kerana hampir setiap koleksi disertakan dengan jaket yang mempunyai sentuhan pelbagai rupa. Ia mampu memuaskan cita rasa semua wanita. Mereka yang bercita rasa edgy boleh memilih jaket kulit manakala wanita glamor akan menyerlah dengan jaket chubby dalam rona metalik hijau. Ceraian luar yang variasi ini adalah satu medium yang biasa buat jenama kulit kerana mereka mempunyai material pelbagai jenis.

Koleksi yang lepas, Stuart Vevers memberikan seleksi yang cukup manis pada wanita Coach. Pilihan rona pastel bersifat sangat feminin dan gaya ini diperhebat­kan dengan kot chubby yang mencipta fenomena yang tersendiri. Namun, tibanya musim luruh, Vevers berlari ke satu sudut yang lebih gelap dan misteri. Pastinya ini amat bertentang­an dengan himpunan musim

bunga 2015. Seakan sudah tersurat yang musim luruh adalah mengenai palet gelap dan Vevers akur dengan aturan ini. Ilhamnya berkisar warna hitam, kelabu dan diselangi dengan rona merah darah dan biru langit malam. Bagi meneduhkan palet yang kelam ini, Vevers menyimbah rona putih dan digunakan untuk membuat ceraiancer­aian jaket yang hadir dalam pelbagai potongan.

Aksesori kulit masih terus menjadi fokus utama Coach. Jika sebelum kehadiran Verves, jenama ini terkenal dengan koleksi beg corak monogramny­a, Verves kini mengubah imej agar jenama ini tampil lebih sofistikat­ed dan berjiwa muda. Aliran baru yang dibawa Verves ini membuahkan hasil yang hebat buat Coach. Beg yang dipertonto­nkan oleh verves sempena himpunan musim luruh dihembus nafas moden yang membolehka­n wanita Coach bergerak lebih bebas. Cogan kata Lucky, Nomad dan Wanted dijahit pada permukaan beg untuk suntikan lebih edgy serta lari daripada gaya wanita coach sebelum ini. Generasi muda coach sekarang akan menerima jenama ini sebagai jenama Amerika Syarikat yang klasik dengan visi yang moden.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SKULLS SILK FOULARD SQUARE - MULTI
SKULLS SILK FOULARD SQUARE - MULTI
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia