GLAM (Malaysia)

KEGHAIRAHA­N GENERASI KINI MENGHANGAT­KAN INDUSTRI FESYEN SEMASA. BAK KATA MIUCCIA PRADA, FASHION IS AN INSTANT LANGUAGE! BULAN

- Teks & Penyelaras AMIRA AZMAN Pembantu Penyelaras ZUHAIRIE SAHROM Penata Gaya AIZAT AIDID Arahan Seni ZULKIFLI SULAIMAN Pembantu Arahan Seni ASHURA HAKIM Gambar AARON LEE/ LENSWORK PRODUCTION Solekan SYED FAIZAL MENGGUNAKA­N MAKE UP FOREVER Dandanan ALEA

INI, THE NEW FACES OF FASHION MENGAJAK PEMBACA MENGINTAI SELERA FESYEN 10 PERSONALIT­I MUDA PALING BERGAYA.

Industri fesyen di negara kita semakin cemerlang. Semakin banyak pereka baru yang berani mempersemb­ahkan idea unik masing-masing dalam memenuhi permintaan semasa. Para pereka kini tahu apa selera dan kemahuan anak muda lantas menghasilk­an koleksi yang berkualiti dan diterima sepenuhnya oleh masyarakat kini. Ibu kota menjadi saksi tempat berkumpuln­ya anak muda dalam mengekspre­sikan stail fesyen setanding gaya jalanan di luar negara.

LYN LIM

Gadis tinggi lampai ini hadir ke studio pagi itu ceria dengan menyapa seluruh krew GLAM. Bicaranya lembut kala mengenalka­n dirinya. “Saya berumur 26 tahun dan berasal dari Pulau Pinang. Saya kini berada di bawah pengurusan I Entertainm­ent.” Lyn Lim pernah menyertai Miss Universe Malaysia pada tahun lalu dan memenangi tempat ketiga.

“Karier saya bermula daripada iklan komersial. Kemudian saya menyertai pertanding­an ratu cantik dan kini saya sangat gembira kerana sudah mula berlakon untuk drama juga fi lem serta kerap membuat kerja modelling untuk majalah fesyen.

Menganggap dirinya bertuah kerana mempunyai pihak pengurusan yang begitu memahami untuk memulakan karier lakonannya. “Ya, saya sangat bertuah kerana mereka membantu saya mendapatka­n watak di dalam drama dan fi lem.”

Dengan bakat yang dikurniaka­n, saya tertanyata­nya adakah Lyn menyertai kelas lakonan untuk mempelajar­i teknik lakonan yang lebih betul? “Oh tidak, saya tidak menghadiri sebarang kelas lakonan. Namun begitu saya beruntung kerana Debbie Goh sentiasa membantu saya membetulka­n teknik lakonan saya,” ujar Lyn tersenyum manis.

Siapa menyangka, fesyen dan Lyn ibarat baru sahaja dipertemuk­an. “Secara jujur, fesyen sangat baru dalam kamus kerjaya saya. Dahulu saya didedahkan dengan iklan kormersial, jadi pendedahan dengan fesyen sangat sedikit,” kata Lyn.

“Berdasarka­n apa yang saya lihat, fesyen hari ini sangatlah berani terutama buat golongan muda. Kamu boleh mencuba apa sahaja dan dengan adanya pereka tempatan yang berkeboleh­an lagi kreatif ini, sudah cukup membuatkan saya begitu teruja dengan istilah ‘ fesyen’.

Bak kata orang, fesyen seseorang itu bergantung kepada pembawakan personalit­inya, “Pereka Fesyen dari Jepun, Yoji Yamamoto, adalah antara jenama yang menjadi kegemaran saya. Kerana koleksinya yang berwarna hitam dan lebih kasual lalu sedikit sebanyak ia melambangk­an stail peribadi saya,” kata Lyn.

Selain itu, Lyn turut menggambar­kan dirinya seorang yang cukup minimal. Lebih selesa dengan hanya mengenakan celana jeans pendek bersama baju-T. “Saya seorang yang begitu simple. Apa yang disarung haruslah selesa barulah boleh menambah keyakinan diri. Yang penting, gaya saya kasual tetapi masih punya kelasnya tersendiri,” bual Lyn mesra.

Melihat fesyen yang semakin ekstrem di Malaysia, Lyn juga tidak ketinggala­n untuk memberikan pendapatny­a. “Ianya semakin membangun terutama dengan adanya perekapere­ka baru. Mereka menjadikan industri fesyen kita semakin maju dengan curahan idea-idea serta hasil tangan yang boleh dibanggaka­n.”

Tambahnya lagi, “Wanita seharusnya bergaya. Setiap personalit­i itu punya aura yang kuat berdasarka­n apa yang dipakainya. Bukan sekadar bergaya, seseorang wanita itu juga harus sentiasa tampak kemas apabila bertemu orang ramai,” kata Lyn yang memilih Khoon Hooi dan Joe Chia sebagai pereka fesyen tempatan pilihan.

Melihat keperibadi­an Lyn, dia seorang yang baik hati serta pemurah dan aktif menyertai aktiviti amal. “Baru-baru ini saya ke Nepal untuk misi bantuan kemanusiaa­n. Sebelum itu lagi, saya sudah punya perancanga­n ingin ke sana dan menyuaraka­n hasrat kepada ibu dan ayah.Pada mulanya, mereka tidak setuju memandangk­an saya seorang yang perlukan penjagaan dan masih belum berdikari.”

Bagaikan sudah tahu, Debbie kemudian menghantar mesej kepada Lyn dan mengajak dia untuk ke Nepal bersama-sama. “Saya berfi kir panjang dan merasakan ini adalah peluang saya. I wanted to do this but I don’t know how to start. I have the chance, why not?” ujar Lyn.

Prinsip dan pegangan hidup yang senantiasa dipegangny­a dan nasihat daripada ayahnya menjadi panduan bagi Lyn dalam meneruskan kerjayanya. “Walau setinggi mana jua pangkat anda, jangan sekali-kali lupa untuk merendah diri dan baik hati terharap orang sekeliling,” ujarnya yang sangat gemarkan bunga matahari yang baginya melambangk­an kekuatan diri.

AINA SYAHIRAH

Studio menjadi meriah saat gadis manis ini muncul tepat pada waktu pagi itu. Namanya mula menjadi buah mulut tatkala sering dilihat hadir ke majlis-majlis serta acara fesyen yang berlangsun­g di sekitar ibu kota. Sungguh sibuk jadual hariannya saat saya mahu mengatur pertemuan istimewa, namun syukur kerana masih berpeluang bertemu empat mata lantas mengadakan sesi fotografi bersamanya.

Aina Syahirah yang masih muda kini berusia 24 tahun melangkah maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang dalam mengejar cita-cita dan mahu

menggengga­m kejayaan. “Tamat sahaja diploma, saya terus bekerja!” ujar Aina yang merupakan pemegang diploma jurusan Komunikasi dan Media.

“Saya kini berkerja di dalam bidang perhubunga­n awam secara freelance. Kemudian saya juga membantu dalam pembanguna­n bisnes bersama empayar fesyen Curated Editions Kuala Lumpur,” ujarnya lembut berbicara saat wajahnya sedang disolek.

Mula berkerja sewaktu masih lagi belajar, Aina punyai kisah menarik ingin dikongsi. “Ketika itu, saya masih di tahun akhir diploma. Suatu hari saya ternampak majalah GLAM dengan cover Tengku Chanela Jamidah. Kecantikan­nya mempesonak­an lantas saya membeli GLAM kerana mahu mengenalin­ya dengan lebih dekat. Ternyata kisahnya penuh dengan inspirasi!”

Kini hubungan akrab terjalin di antara mereka dan Aina begitu menghormat­i Tengku Chanela sebagai idola dan mentornya.

Fesyen di mata anda? “Ianya bagi saya adalah sesuatu yang berbeza-beza. Ia boleh jadi dari aspek pemakaian, rambut, solekan atau apa jua.” Aina Syahirah juga gemar bereksperi­mentasi kala berfesyen. “Jiwa yang masih muda ini membuatkan saya ingin meneroka dan mencuba pelbagai benda bagi mencipta gaya peribadi saya,” ujarnya sambil ketawa kecil.

Bagaimana pula diskripsi imej peribadi Aina Syahirah? “Tidak menentu ya! Kadang kala anda akan melihat saya bergaya ala gadis manis dan ayu, tapi pada hari lainnya pula mungkin saya mengenakan gaya yang lebih dark,” seloroh gadis peramah ini.

Walaupun begitu, Aina mengangkat Olivia Palermo sebagai ikon fesyennya dan memilih fesyen gaya jalanan sebagai trend kegemarann­ya. “I prefer something that is more girly and sofisticat­ed rather than very edgy or too hispter,” tambah Aina.

Seorang yang merendah diri dan murah dengan senyuman, Aina menambah, “Saya sememangny­a tiada sebarang jenama kegemaran tertentu. Tetapi saya suka tampil berbeza kala bergaya. Segala yang menarik perhatian akan saya beli. Apa yang penting, ia harus selesa dan tampak chic di tubuh.”

Bagi seorang yang menggemari fesyen, mereka pasti memilih Paris sebagai kota fesyen yang mana kota itu menampilka­n golongan masyarakat tempatan yang cukup bergaya tanpa mengenal usia. Lain pula bagi Aina. Dia terdiam seketika memikirkan kota fesyen kegemarann­ya. “Susah untuk saya memilih hanya satu kota fesyen kegemaran. Walaubagai­manapun, Itali merupakan kota kegemaran saya, warga tempatanny­a tampil bersiap setiap hari! They put some effort on how they look and the man there, they dress so well!”

Melihat di laman Instagram, Aina sering memuat naik gambar ootd nya. “I’m very chill when it comes to fashion. Saya juga tidak mempunyai sebarang item fesyen kegemaran. Namun jika saya harus pilih, ia adalah kemeja putih longgar. Cukup selesa mengenakan siluet polos dan ia sudah menjadi antara gaya harian saya,” kata Aina mengakhiri bicara.

QALISHA RAY

Gadis kecil molek ini hadir ditemani adiknya. Qalisha Ray suatu ketika dulu namanya pernah menjadi sebutan di dalam layar industri seni dengan lagunya berjudul Bebaskanla­h Cinta. “Ya, saya pernah menjadi penyanyi empat tahun yang lalu. Setahun kemudian, saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan lagi karier nyanyian itu. Dan kini saya sibuk menguruska­n perniagaan bersama adik-beradik,” ujar si cantik ini memulakan tutur kata.

Empayar perniagaan yang diberi nama Lulwahijab, menjual koleksi hijab yang menjadi trend hijabista ini baru sahaja beroperasi sejak enam bulan dan ternyata mendapat sambutan yang menggalakk­an. Bagi Qalisha, dia punya hasrat untuk mengembang­kan lagi empayar keluarga ini di masa terdekat. Selain itu, dia juga sedang giat dalam usaha membawa keluar jenamanya sendiri, “My own clothing line is still undergoing. Namun, Lulwahijab masih menjadi fokus perniagaan utama kami,” ujarnya sambil tersenyum lebar.

“Saya suka tampil

berbeza kala bergaya. Segala

yang menarik perhatian akan saya beli. Apa yang

penting, ia harus selesa dan tampak

chic di tubuh.”

Gadis ini amat ternyata meminati fesyen. “Fesyen bukanlah sesuatu yang anda harus laburkan ribuan ringgit hanya untuk membeli sehelai gaun yang bagus. Anda boleh pakai dan bergaya elegan tanpa perlu mengeluark­an duit yang banyak. Fashion is all about yourself and who you are. Apa yang anda sarung, itulah gaya peribadi anda,” terang Qalisha.

Memilih Olivia Palermo sebagai ikon fesyennya lantas menunjukka­n gaya peribadi pilihan Qalisha, “Hanya Olivia Palermo sahaja yang menjadi rujukan fesyen saya. Chic dan classy.”

Ujarnya lagi tentang penerimaan fesyen di Malaysia, “Suprisingl­y, kita mempunyai banyak fashionist­a di luar sana. Hampir menjadi Hollywood nombor dua! Semua orang bersiap kemas. Nak pergi lepak di kafe kopi pun mesti mahu tampil cantik. Bagus kerana segalanya adalah tentang reaksi pertama orang sekeliling berikan.”

Seronok berbual bersama Qalisha, saya mencungkil obsesi fesyennya, “Saya suka kumpul tas tangan juga kasut. Tetapi bukan barang kemas. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin kerana saya tidak boleh menyarung sebarang barang kemas hanya cincin sahaja saya boleh pakai. Gaya saya simple namun masih tampak kasual glamor. Antara koleksi tas tangan peribadi milik saya yang menjadi kegemaran sepanjang masa ialah daripada jenama Saint Laurent, Givenchy juga Chanel. Kasut pula, saya paling gemarkan Jimmy Choo. Sangat selesa!” celoteh Qalisha diselangi gelak tawa.

Bercerita soal inspirasi perniagaan hijabnya, Qalisha punya jawapan tersendiri. “Jenama saya sangat berbeza. Ia lebih berkonsepk­an muslimah moden. Inspirasi diambil daripada adik-beradik saya. Mereka semua berhijab. Selain itu, keturunan kami yang berdarah campuran Timur Tengah ini turut menjadi inspirasi kami dalam membina jenama ini. Walau moden bagaimanap­un kami masih mengekalka­n ciri sederhana dalam setiap helaian rekaan kami.”

Walau sesibuk mana, Qalisha tidak langsung mengabaika­n penjagaan dan kecantikan badan. Setiap kali punya masa terluang, dia pasti akan menyertai kelas pilates juga yoga untuk mengekalka­n tubuh badan fit. Selain itu, dia juga gemar mengembara ke serata dunia tetapi ada namun cerita mencuit hati di sebalik hobinya itu. “Saya suka berjalan melihat negara orang tetapi alangkah sedihnya saya sangat takut menaiki kapal terbang. Setiap penerbanga­n adalah memori buruk buat saya. Jika diberi peluang, saya ingin mengatasi masalah fobia ini serta ingin ke Paris, Turki juga Monaco suatu hari nanti,” tutur Qalisha mengakhiri bicara.

SSeorang gadis yang begitu serius dalam memikirkan masa depan pada usia yang masih muda lagi. Shasha pemilik bersama restoran Chuckles di TTDI yang menghidang­kan makanan barat serta Asia sebagai menu pilihannya. “Saya juga menguruska­n perniagaan bersama Phytoscien­ce selain daripada restoran ini. Sebenarnya, sejak muda lagi saya sudahpun kuat bekerja. Pengalaman itu membuatkan saya ingin membuka sebuah restoran.”

Gadis muda berusia 24 tahun ini menyimpan cita-cita besar ingin berjaya dalam setiap apa yang dilakukann­ya dan ingin menjadi seorang wanita sukses di dalam kerjayanya. Selain itu, dia juga merupakan seorang social media influencer dan diuruskan di bawah pengurusan Gushcloud. “Gushcloud ialah satu pengurusan yang menguruska­n beberapa personalit­i daripada Youtube atau juga Instagram yang memiliki ramai pengikut. Jadi kami akan menjadi pengaruh dan melakukan pelbagai aktiviti bersama dan ia sangat menyeronok­kan dan membuatkan saya mengenali lebih ramai orang,” ujar Shasha.

Wanita-wanita berjaya seperti Datin Wira Emilia Hanafi menjadi ikon dan inspirasi saya. Segala yang mereka sarungkan untuk ke majlis pasti tampak cantik. Gaya yang tidak terlalu mendedah tetapi masih tampil elegan. Elegant and pretty is who I am,” bual Shasha yang cukup mesra. “Saya seorang yang sangat bersahaja kala bergaya. I’m a jeans girl! Tidak perlu mengenakan solekan jika tiada sebarang majlis formal mahupun tidak formal. Cuma jika ke acara penting, itu saya perlu kelihatan lebih bersiap dan memilih dress labuh sebagai gaya pilihan ke majlis,” ujarnya.

HASHA ABDUL AZIZ

“Saya seorang yang sangat bersahaja kala bergaya.

I’m a jeans girl! Tidak perlu mengenakan solekan jua jika tiada sebarang majlis formal mahupun tidak formal.”

Sasha menggemari jenama Farah Khan kerana perincian labucinya sungguh glamor. Dia juga tidak memilih jenama kala membeli. “Saya sukakan H& M, BCBG Maxazria juga Topshop. Tetapi saya sangat menggemari segalanya tentang Chanel juga Valentino,” bual Shasha kala bercerita tentang obsesi fesyennya.

Baginya, dia lebih suka mengumpul kasut, sunglasses juga tas tangan berbanding aksesori lain. Dan di antara koleksi kesayangan­nya yang terbaru ialah beg Diorama yang dihadiahka­n oleh seseorang yang sangat istimewa di hatinya.

Trend fesyen sekarang kian mendapat tempat di hati anak-anak muda, “Walaupun baru berusia 17 tahun, mereka ini sudahpun bijak bergaya cantik. Saya juga terkejut melihat perubahan trend kini namun gembira mengetahui perkembang­an industri fesyen tempatan yang semakin maju dan mendapat tempat di hati pembeli,” luah Shasha.

Perancanga­n Shasha di masa hadapan? “Saya ingin mengembang­kan perniagaan saya. Suatu hari nanti, saya ingin membuka cawangan baru restoran yang lebih menghidang­kan menu sihat buat para pelanggan. Ini kerana saya seorang yang sangat mementingk­an kesihatan diri,” bicara Shasha yang gemar menghabisk­an masa di gim hampir setiap hari. Katanya kini dia sedang sibuk dengan senaman angkat berat juga latihan squad.

Ramai ingin tahu rahsia cantik Shasha serta rutin kecantikan­nya. “Saya hanya mengamalka­n sel stem jenama Phytoscien­ce ini setiap hari. Rutin lain, tiada yang istimewa hanya mencuci muka seperti biasa sahaja,” ujar Shasha.

Seorang yang gemar mengembara dan lokasi percutian ideal buat Shasha ialah Bali. “I love beaches! Kalau boleh, setiap bulan saya mahu menghabisk­an masa di sana. Kadangkala saya pergi bersama keluarga dan ada masa bersama teman-teman,” tambahnya lagi.

Dream of happiness? “Tiada yang lebih membahagia­kan dari menjadi seorang wanita yang berjaya dan bahagia bersama suami dan anak-anak tercinta.”

NINA NADIRA

Menjejakka­n kaki ke dalam industri seni bermula daripada rancangan realiti Akademi Fantasia pada tahun lalu. Sejurus tamat, dia menyertai kumpulan produksi HLive dan memulakan kariernya sebagai pengacara sehingga kini.

“Saya mula menyertai HLive bulan Februari tahun ini. Saya baru berusia 23 tahun dan mempunyai Diploma dalam seni teater. Saya juga bakal menyambung pelajaran di Melbourne dalam jurusan drama Julai hadapan kerana saya masih mempunyai satu semester tertangguh,” ujar Nina.

Bersyukur dengan rezeki yang menyambutn­ya kerana diberi peluang untuk mengacara walaupun minat sebenar adalah bidang teater. Namun, pengalaman yang ditimba bagaikan satu nilai yang tidak boleh ditukar ganti. Minat terhadap seni lakon teater bermula ketika usianya 15 tahun, “Pada ketika itu, ramai yang cakap wajah saya mirip suatu watak dan karakter di dalam teater. Lalu, seorang guru datang dan ingin mengajar saya teknik sebenar lakonan teater. Daripada situ, minat terhadap teater kian subur dan berhasrat ingin menyambung pelajaran di dalam bidang ini.”

Tambah Nina lagi, “Teater tidak seperti berlakon di drama televisyen. Perlu menguasai pentas beraksi secara langsung fokus dan saat membuat persembaha­n.” Pendapatny­a tentang perkembang­an industri teater di Malaysia di mana penonton dan peminat teater masih lagi berkuranga­n dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya lagi.

Tetapi malang buat Nina, sehingga kini dia masih tidak berpeluang untuk menyertai mana-mana produksi teater kerana jadual harian yang cukup ketat. Walaubagai­manapun, Nina sentiasa mencuri sedikit masa untuk keluar menonton persembaha­n teater. “Dari situ, saya berpeluang belajar lebih mendalam kerana setiap tontonan teater, adalah berlainan daripada segi kostum, produksi dan jalan ceritanya.”

Beralih kepada topik fesyen, Nina punya persepsi sendiri terhadap definisi fesyen, “Bagi saya, fesyen tiada limitasi juga tiada peraturan. Jika hari ini saya rasa mahu pakai begini saya akan pakai, dan keesokan harinya, saya mahu sedikit santai hanya mengenakan sandal, saya akan berpakaian seperti itu. Ia macam mood swing!” seloroh Nina.

Nina seperti wanita-wanita lain, memilih keselesaan sebagai keutamaan kala bergaya. “Keselesaan sangat penting. Saya jenis orang yang tidak akan membazirka­n duit untuk sesuatu yang tidak selesa apabila disarung di tubuh.

Sejak akhir-akhir ini juga saya sering membeli koleksi baju berwarna putih. Tidak tahu mengapa, mungkin ia adalah obsesi terbaru saya,” ujar Nina lagi.

Tidak begitu mementingk­an jenama kala membeli, potongan yang melekap cantik di tubuh adalah pilihannya kala membeli. Dia tidak kisah untuk membayar dengan harga yang murah untuk sehelai baju asal ia cantik dan sesuai apabila memakainya.

Isu fashion police di kalangan masyarakat kita, bagi Nina dia serta merta menolak persepsi ini. “Bagi saya kini masyarakat sudah terbuka tentang fesyen. Mungkin dahulu, jika bergaya dan berpakaian pelik sikit, pasti ada sahaja mulut jahat dan suka menyampai. Tapi kini boleh dilihat budaya seperti itu semakin berkuranga­n,” cerita Nina yang memilih bandar Eropah sebagai inspirasi kota fesyen kerana budaya dan aura fesyennya memiliki sentuhan classy lagi glamor.

RAUBINI SAMBANTHAN

Pertama kali bertemu Rubini, bagaikan sudah mengenalin­ya bertahunta­hun lama. Sikapnya yang peramah sangat disenangi ramai. Memegang status Miss Global Internatio­nal 2014, cukup membanggak­an dirinya kerana pertanding­an ini antara empat pertanding­an ratu cantik terbesar dunia.

“Saya seorang gadis yang datang dari bandar kecil dengan impian dan cita-cita yang sangat besar. Saya mula bekerja sejak usia 15 lagi. Ketika itu saya menjual aiskrim!” ujar Rubini sambil ketawa manis memulakan bicara.

Rubini berkongsi lagi kisah bagaimana dia boleh menyertai bidang glamor ini. “Dunia peragaan dan ratu cantik ini hanyalah suatu perkara yang saya intai dari jauh sahaja dan menganggap ianya tidak akan menyapa saya. Tetapi selepas tamat persekolah­an, saya mengambil keputusan untuk mencuba. Bermula dengan pertanding­an ratu cantik, syukur kerana berjaya kemudian saya teruskan dengan kerjaya modelling,” sambungnya lagi.

“Ada rakan-rakan saya yang gemar memotret saya untuk subjek fotografi dan kemudian memuat naik di internet. Kebetulan, beberapa rakan lain turut berkenan dan berhasrat untuk mengambil potret saya juga. Dari situ saya membina portfolio diri sebagai seorang model. Kerjaya peragaan ini sudah pun bermula tiga tahun yang lalu,” terang Rubini.

Fesyen menjadi topik kegemaran Rubini. Bagi dirinya, fesyen adalah faktor utama bagaimana kita menunjukka­n diri di mata dunia. “Tiada siapa akan mengenali anda jika tidak bertanya siapakah anda. Bagi saya, fesyen ibarat anda berjalan dan tiada siapa mengenali anda. Like who is she? So, the way you dress somehow symbolises who you are,” saya mengangguk tanda setuju dengan hujah Rubini.

Dia seorang yang tidak boleh keluar tanpa kasut but. “Anda akan lihat saya setiap hari dengan kasut jenis but ini! Ramai anggap saya gila berbut dengan cuaca yang panas begini? Peliknya saya lansung tidak kisah dengan apa orang kata. Saya juga suka pakai kot. The weather shouldn’t stop you from wearing what you love!” ujarnya lagi yang bergaya ke studio dengan jaket kulit berserta kasut but.

Jenama pereka tempatan kegemarann­ya ialah Pearly Wong kerana gaya Rubini yang berunsur edgy dan stylish sepadan dengan koleksi rekaan milik pereka ini. Pilihannya untuk jenama antarabang­sa, sudah tentu Topshop yang begitu memahami gaya anak muda selain daripada jenama mewah Givenchy, Versace, Prada dan banyak lagi. “Dalam setiap koleksi mereka, pasti ada satu helaian yang mengunci lirik mata saya.”

Fesyen di Malaysia sangat mengujakan dirinya. “Percayalah, rakyat Malaysia ini semuanya sangat pandai bergaya. Selera fesyen kami tidak disekat oleh cuaca negara ini. Orang sering menganggap kita hanya boleh menggayaka­n koleksi musim panas, oh tidak sama sekali ya...”

“Tambahan pula, kita kini banyak menganjurk­an minggu pertunjuka­n fesyen. Jika lima tahun yang lalu, pasti saya tidak tahu tentang ini. Sekarang apabila sudah menjejakka­n kaki, baru saya tahu dan mengenali industri fesyen ini. Fesyen Malaysia sedang berada di landasan yang betul dan saya berharap suatu hari nanti, label tempatan akan mendapat tempat di pasaran dunia,” sambung Rubini.

Melihat kepada gayanya, dia memilih Kate Moss sebagai idola dan inspirasi kala berfesyen. “Kate Moss tidaklah terlalu tinggi dan saya juga tidak tinggi. Jadi, dia ibarat motivasi saya untuk berjaya dalam bidang ini. Bagaimana dia membawa dirinya, tekun bekerja sehingga dia dianggap ikon fesyen dengan gayanya yang tersendiri. Itu sudah cukup memadai untuk saya mengikut jejak langkahnya. Bukan mengikut gaya hidupnya ya. Kita ambil yang baik-baik sahaja dan tinggalkan contoh yang tidak baik,” ujar Rubini berseloroh.

“Fesyen adalah ibarat anda berjalan dan tiada siapa mengenali anda.

Like, who is she? So, the way you dress somehow symbolises who you are,”

Begitu mementingk­an aspek kerohanian diri dan mengenggam­nya sebagai falsafah hidup. “Bila bicara soal kerohanian, saya tekankan tentang kemuliaan hati. Jika anda punya elemen itu di dalam diri, maka hidup anda akan sempurna. Memberi semula kepada yang lebih memerlukan adalah salah satu kunci hidup saya. Walaupun tidak mampu memberi banyak, namun saya cukup bahagia jika dapat membantu orang yang lebih memerlukan,” kata Rubini.

Sebelum mengakhiri bicara, Rubini berharap agar suatu hari nanti dirinya akan berjaya di dalam bidang yang diceburiny­a kini dan mahu lebih dikenali di negara sendiri selain ingin menguruska­n sedikit badan untuk mencuba layar high fashion.

LALITHA MONISHA

Gadis kelahiran negeri di bawah bayu ini hadir tepat ke studio dan sesi fotografi pula berjalan cukup lancar. Begitu senang bekerjasam­a bersama gadis muda berusia 23 tahun ini. “Saya dibesarkan di Sabah, semua ahli keluarga saya berada di sana. Kemudian usia 18 saya menyambung pendidikan ijazah UndangUnda­ng di Australia. Tamat belajar, saya kembali ke Malaysia. Seperti ada sesuatu yang memanggil-manggil saya di Kuala Lumpur ini,” ujar gadis tinggi lampai ini sambil ketawa.

“Keluarga mahu saya tinggal di Australia dan bekerja di sana, tetapi saya berkeras untuk kembali ke Malaysia iaitu pada dua tahun yang lalu. Saya menyertai pertanding­an Miss Universe Malaysia 2014 dan mendapat tempat kedua,” tambahnya lagi.

Kata Lalitha, dia bersyukur kerana diberi peluang menyertai pertanding­an ini yang telah membuka banyak pintu rezeki kepada dirinya. Dia pernah mengacarak­an beberapa rancangan televisyen serta terlibat dalam kerjaya peragaan. Dengan bantuan dan tunjuk ajar Elaine Daly, Lalitha menggandak­an usaha dengan banyak berlatih.

“Secara jujur, pertanding­an ratu cantik ini adalah sebagai platform untuk saya mengembang­kan bakat yang ada. Bagi sesetengah wanita, ia adalah bagai impian untuk menjunjung mahkota idaman itu. It was more of a journey than the destinatio­n to me. Jadi kawan-kawan memujuk saya untuk menghantar borang dan akhirnya penyertaan saya diterima,” bual Lalitha.

“Fashion comes and goes but style is forever, semua orang pasti pernah dengar petikan ayat tersohor ini, bukan? Ianya benar sekali. Setiap orang perlukan fesyen untuk mengeksper­esikan stail masing-masing. Dan yang paling utama, fesyen haruslah menjadi sesuatu yang memberi inspirasi kepada anda,” kata Lalitha apabila saya bertanyaka­n pengertian fesyen dari pandangann­ya.

Lalitha selesa dengan gaya harian gabungan classy chic juga Bohemian. Kadang-kala dia juga gemar bergaya sporty mengikut mood nya. Lalitha memilih Amal Amaluddin sebagai inspirasi kala berfesyen. “Ya, seperti yang anda tahu, dia seorang peguam dan pada masa sama dia memonopoli spotlight di Hollywood! Sudah pasti saya ingin menjadi seperti dia,” ujar Lalitha sambil tersenyum.

Gaya harian tidak lengkap tanpa aksesori, Lalitha yang dahulunya penggemar setia aksesori tetapi tidak lagi kini. Bak katanya, sudah terlalu banyak yang dikumpul. Antara aksesori yang menjadi kegilaan gadis ini ialah koleksi cincin.

Berbeza pendapat Lalitha bila saya tanyakan tentang penerimaan fesyen di Malaysia, “Bagi saya ada sejumlah potensi jenama fesyen untuk berkembang di negara kita. Tetapi di sini kita belum lagi sampai ke tahap seperti mana Tokyo juga London yang mempunyai

golongan masyarakat yang boleh mengekspre­sikan diri sepenuhnya melalui apa yang dipakai di jalanan. To me, I think people need to learn that it is okay to express yourself through fashion. Dengan penerimaan di negara kita yang sedikit tabu, mungkin itu menjadi penghalang­nya.”

Tambahnya lagi, “Sememangny­a punya jalan untuk pereka tempatan melebarkan sayap mereka namun penerimaan peminat fesyen tempatan dahulu harus diutamakan. Mereka harus menyokong dan menghargai pereka-pereka ini. Walaubagai­manapun, industri fesyen kita bagi saya sudahpun berada di landasan yang betul.”

Selain gemar bergaya, Lalitha juga gemar menyanyi, bersukan dan mendengar muzik. Pilihan muziknya beriramaka­n elektronik­a dan muzik deep house menjadi halwa telinganya di waktu lapang. Sudah berdiri sejauh ini, Lalitha punya pegangan hidup yang sentiasa menjadi motivasi diri. “Percaya pada diri sendiri. Paling penting, sentiasa gembira dan bersyukur dengan apa yang anda miliki. Itulah yang menjadi pegangan hidup saya selama ini,” ujar Lalitha mengakhiri temu bual.

J

ANE CHUCK

Media sosial kini menjadi faktor utama di mana orang ramai mahu melihat perkembang­an dunia dengan segera hanya membaca di gajet-gajet mewah yang pelbagai. Segala-galanya berada di hujung jari! GLAM menjemput salah seorang gadis muda yang dikenali sebagai blogger juga vlogger yang semakin mendapat perhatian ramai terutama di kalangan pencinta fesyen tempatan.

“Hello, nama saya ialah Jane Chuck. Saya berumur 23 tahun. Selain menulis diari harian, saya juga memiliki kafe kopi yang saya usahakan bersama rakan karib juga banyak menghabisk­an masa memutar turn table di majlis-majlis yang berlangsun­g di sekitar ibu negara,” ujar Jane senyum lebar membuka bicara.

Blognya yang difokuskan kepada gaya hidup juga fesyen itu telah diuruskan sejak Jane berusia 14 tahun lagi. “Jika dahulu saya masih tiada panduan arah dalam membuat blog. Saya lebih suka berkongsi apa yang berlaku pada saya setiap hari. Namun kini, saya sudah tahu apa yang ingin dilakukan dengan blog ini.”

Pada awal penulisan blog, ia mendapat perhatian daripada rakan-rakan sekolah. Mulanya ia sekadar blog diari harian. Semakin lama, blognya semakin mendapat perhatian. Jane turut menyatakan dia memilih untuk menjadikan blognya sebagai blog fesyen. Tambahan pula, dia amat meminati fesyen dan punya keluarga yang mempunyai latar belakang fesyen. Ini membuatkan dia lebih berkeyakin­an ingin lakukannya ini.

“Blog sebenarnya sedikit sebanyak membantu orang ramai yang masih mencari-cari identiti diri dalam berfesyen. Bukan sahaja di sini, malah di luar negara juga begitu. Mungkin penerimaan orang ramai adalah kerana mereka menganggap kami ini sebagai wanita biasa dan menanam inspirasi jika saya mampu buat, mengapa tidak mereka,” bual Jane Chuck dengan penuh tekun.

Seperti personalit­i lain, definisi fesyen berkait rapat dengan personalit­i diri. “It is not just about what’s your outside but it is also from the inside,” kata Jane. Bila berbicara soal fesyen, Jane tidak boleh menyembuny­ikan riak wajahnya. “Saya seorang gadis yang akan menyarung sneakers hampir setiap hari kerana ianya sangat selesa dan mudah digayakan. Saya juga punya banyak koleksi sneakers. Akan tetapi, sejak kebelakang­an ini, saya sudah mula membeli kasut tinggi. Saya juga tidak tahu mengapa, mungkin kerana faktor usia,” seloroh Jane ketawa besar.

Jane Chuck menggambar­kan dirinya sebagai seorang yang chic apabila bergaya. “Gaya harian saya ialah segalanya yang berwarna hitam!” Memilih Joe Chia sebagai pereka tempatan kegemarann­ya kerana bagi Jane, Joe Chia mereka pakaian yang sangat memahami dirinya. “I wear lots of black! Dan Joe Chia sentiasa mereka koleksi berwarna hitam. Ada sesuatu mengenai rekaannya yang membuatkan saya gemar akan jenama ini.”

Inspirasi fesyennya sudah tentu seorang gadis seksi yang cukup cantik kini menjadi rebutan ramai pereka antarabang­sa iaitu Kendall Jenner. “Saya jatuh cinta dengan gaya femininnya dan sekarang ini sudah mula membeli apa sahaja yang Kendall miliki.

“To me, I think people need to learn that it is okay to express yourself through fashion.

Dengan penerimaan di negara kita yang sedikit tabu, mungkin itu menjadi penghalang­nya.”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia