Demam Minggu Fesyen

GLAM (Malaysia) - - Glam Sep - SUZIEADNAN@ BLUINC.COM. MY

Nampaknya New York semakin mendapat tempat di kalangan labellabel mewah antarabangsa sebagai lokasi utama mempersembahkan idea. Mac lepas, GLAM sekali lagi berkunjung ke New York untuk minggu fesyen sekaligus menjadi saksi kepada pementasan koleksi terkini. Di sanalah gelanggangnya yang menentukan apa trend masa depan, apa yang bakal popular dan siapa wajah-wajah fesyen yang bakal menggegarkan industri. Apa yang bakal kita minati, beli dan pakai; datangnya dari apa yang terhidang pada minggu fesyen ini. Begitulah pentingnya minggu fesyen, bukan sekadar pesta fesyen untuk bersuka-suka. Mungkin zahirnya nampak glamor, di belakang tabir pula ianya suatu bisnes yang serius!

Editor Fesyen dan Editor Kecantikan, Aizat Aidid dan Nisa’ Halid melaporkan secara eksklusif dari New York; membawa pulang review ekstensif bermula dari belakang pentas untuk trend solekan dan dandanan, membawa kepada pemerhatian dari baris hadapan untuk ilham fesyen baru. Laporan yang dilampirkan dalam isu ini adalah dari kaca mata editor-editor GLAM sendiri, menyuai padankan dengan selera pembaca hari ini yang semakin bijak menilai dan celik fesyen! Koleksi-koleksi terbaik distailkan dalam sebuah editorial istimewa bersama model terhangat kini, Vanisha.

Dalam isu September ini juga, kami memperkenalkan barisan it girls yang menjadi nadi fesyen kepada acara-acara paling bergaya kota. Di muka hadapan, GLAM mempersembahkan the glamorous Fyza Kadir manakala di halaman dalam menyaksikan barisan wajah-wajah fesyen baru. Kenali siapa jelitawan-jelitawan ini dan mengapa mereka menjadi bualan ramai. Turut melengkapi isu ini adalah Little Black Book of Personal Services. Sisipan khas ini sebagai rujukan buat anda yang ingin memanjakan diri dengan rawatan spa serta salun mewah lagi eksklusif. Little Black Book tentunya bahan bacaan yang paling sempurna bagi merawat kembali tubuh lesu, usai minggu fesyen yang amat memenatkan. Sesungguhnya fesyen dan kecantikan itu saling memerlukan!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.