GLAM (Malaysia)

Hot Bodies

-

Sekali lagi Fasha Sandha kami jemput sebagai penghias muka depan. Kembali bersendiri dan kian ligat merencana masa depannya, Fasha bangkit dari kegagalan dengan visi hidup yang lebih positif. Makin cantik berseri-seri, aktres jelita ini juga bertambah langsing.

Bercakap mengenai badan langsing, GLAM bulan ini membincang­kan rutin untuk mendapatka­n body yang tidak hanya kurus, tetapi toned, fit dan sihat. Kala sidang editorial mulai berbincang mengenai topik ini, nama Datin Sabrena Dani terus terpacul dari bibir semua. She has one of the hottest bodies in KL! Selain Sabrena, GLAM turut menemu bual Tunku Nadia Tunku Naquiyuddi­n dan Mawar Proehoeman mengenai cara mereka mengecap tubuh yang diingini. Apatah lagi di pertengaha­n tahun seperti sekarang, ramai yang berpergian bercuti maka summer bodies are in order!

Turut terkandung dalam isu ini adalah kisah Suitcase Secrets yang berupa checklist fesyen terkini, khusus buat anda yang bercadang untuk pergi melancong dengan bergaya.

Dan dalam pada Kuala Lumpur menikmati rentetan acara glamor menerusi kalendar fesyennya, GLAM turut memeriahka­n Ogos dengan paparan kedua GLAM Fashion Future. Showcase ilham bakat muda terpilih merangkumi lima pereka berbakat besar. Ana Abu, Arared, Kree, Jiuan Ng dan Shals adalah lima pereka wanita yang bakal mementaska­n koleksi mereka di parti GFF kelak. Lebih istimewa dengan penampilan seorang pereka jemputan dari Jakarta yang turut membuat pertunjuka­n. Siapa dia? Tunggu update terkini menerusi platform sosial kami!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia