GLAM (Malaysia)

KEKAL CANTIK KALA PERCUTIAN PANTAI

-

Rambut

Trend beach hair masih kekal menjadi pilihan. Gaya ini tampak lebih seksi buat percutian musim panas dan mudah dilakukan. Pelbagai cara boleh digunakan seperti menggunaka­n penyembur rambut atau gel untuk mendapatka­n efek ini. Pemakaian topi juga dapat mengelakka­n rambut terkena sinaran mentari yang berlebihan. Namun sebelum menggayaka­n rambut anda, pastikan untuk menyapu serum atau pelembap rambut dengan formula pelindung agar rambut tidak rosak dan bercabang akibat kering. Oleskan maskara juga pensel mata tahan air untuk efek solekan wajah yang lebih berseri. Tujuan mengoles item solekan tahan air ini adalah bagi mengelakka­n peluh di muka juga air pantai merosakkan solekan anda. Jika bercuti di pantai, seeloknya bawa makeup kit yang tahan air. Jangan lupa sebelum mengaplika­sikan solekan, sapukan pelindung sinar terlebih dahulu! Selain menggunaka­n produk tahan air, anda boleh juga menggunaka­n produk kecantikan yang di formulasik­an SPF di dalamnya. Seperti contoh BB Cream, pemerah pipi juga krim bedak asas. Selain kosmetik berformula SPF, pilih juga produk muka yang mengandung­i bahan mineral di dalamnya. Semburkan juga face mist agar wajah kekal terhidrat! Pastikan sentiasa mengoles salap bibir dengan formula pelindung bagi mengelakka­n bibir daripada rosak. Salap bibir membantu melembap, mengelakka­n daripada kering dan terluka. Tahukah anda salap bibir juga mengandung­i SPF? SPF ideal buat perawat bibir ini adalah di dalam lingkungan SPF15. Sebaik-baiknya sapukan pelindung sinar sebelum keluar dari bilik hotel anda. Bawa juga kemana-mana kerana anda harus mengaplika­sikan semula pelindung sinar ini selang 80 minit agar tubuh kekal terlindung. Bagi yang mahu menyapu minyak tanning, sapukan dahulu pelindung sinar agar kulit kekal terpelihar­a dan bebas penyakit. Ramai yang tidak memberi perhatian lebih kepada bahagian ini. Berjalan berkaki ayam di pantai akan menyebabka­n kerosakan pada kaki. Adalah disarankan untuk menyental dan melembapka­n kaki setiap hari (sepanjang percutian) di bagi mengelakka­n kulit kaki merekah dan kering. Sapukan krim pelembap dan urut sebelum tidur agar kaki anda dapat berehat.

Tubuh Bibir Mata Kaki Muka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia