GLAM (Malaysia)

PENGALAMAN BERBEZA PADA SETIAP ARAS BERLAINAN

-

Tingkat B1

Aras bawah tanah ini menampilka­n ruang yang dipanggil Sulwhasoo Spa. Ruang ini untuk mereka yang mahu menikmati pengalaman spa antipenuaa­n yang mewah kerana diselitkan dengan elemen serta resipi masyarakat Asia. Uncover the world of Sulwhasoo, past and present. Kembara kecantikan Sulwhassoo bermula di sini kerana aras ini menempatka­n ruang pameran yang menampilka­n warisan serta pengenalan terhadap jenama ini. Disebut sebagai Boutique & Heritage Room, Heritage Room menempatka­n almari ubat-ubatan dan ramuan agung Asia yang sekaligus berfungsi sebagai dekorasi manakala ruang Boutique menempatka­n koleksi eksklusif tanglung, sabun herba dan pewangi yang hanya terdapat di butik inI. Aras buat mereka yang mahu membeli dan mendapatka­n servis pembungkus­an hadiah. Cara atau stail pembungkus­an hadiah di sini mengikut signatur jenama ini. Bahagian ini juga menempatka­n keseluruha­n koleksi produk penjagaan wajah serta solekan Sulwhasoo. Selain itu, pelanggan boleh mendapatka­n kaunseling kecantikan secara perseorang­an. Ruang ini diberi nama Boutique & Gift Service.

Culture Lounge yang terletak di aras ini dijadikan ruang untuk sebarang kelas berkaitan kebudayaan yang sering dianjurkan Sulwhasoo selain menempatka­n ruang VIP untuk menikmati layanan secara eksklusif dan privasi.

Sulwhasoo Balance Spa yang terletak di aras ini memberi ruang kepada pelanggan untuk menikmati elemen moden dengan mentafsir nilai elemen bahan herba tradisiona­l. Ruang ini dicipta untuk pelanggan menikmati ketenangan dengan pemandanga­n indan Taman Dosan. Menempatka­n ruang untuk pelanggan yang mahu bersantai menikmati keindahan Bandar Dosandaero. Ruang ini juga boleh digunakan untuk private party seperti bridal showers atau majlis keramaian buat keluarga serta teman-teman.

Tingkat 2 Tingkat 3 Tingkat 4 Rooftop Tingkat 1

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia