GLAM (Malaysia)

The Fashion Traveler

-

Landskap fesyen dunia jelas mengalami perubahan radikal. Selama industri fesyen mula dikomersil­kan sejak awal abad ke-19, koleksi dipersemba­hkan mengikut musim. Namun hari ini, musim tidak lagi menjadi batas kepada jenama dan pereka untuk mementaska­n atau memasarkan koleksi mereka. Sebilangan besarnya sudah mulai muncul dengan lebih empat koleksi setahun, menjual koleksi sebaik pertunjuka­n selesai dan malah lebih berani sekali apabila pakaian wanita dan lelaki disatukan dalam satu koleksi.

Bila bercakap mengenai trend, ilham konvension­al kian sendu sementelah bertahun mendominas­i. Apakah kita sudah bersedia dengan arus trend generasi baru yang oversize ala Vetements? Penolong Editor, Yana Baharudin dan Editor Fesyen, Aizat Aidid terbang ke kota-kota fesyen untuk scoop terkini bagi melengkapi laporan Minggu Fesyen dalam sisipan khas bulan ini.

Salah satu topik utama September ini juga berkisarka­n travel. Krew GLAM bersama cover girl, Nabila Huda diterbangk­an ke Tokyo untuk penggambar­an istimewa selain memenuhi jemputan pameran Louis Vuitton. Dan GLAM turut menjemput kumpulan teman-teman baik yang kaki travel untuk berkongsi memori dan tips melancong dengan penuh bergaya dalam kolum Personalit­i bulan ini.

Kembara serata dunia untuk Minggu Fesyen mahu pun sekadar melancong, tubuh yang keletihan perlu kembali dimanjai. Selak ke halaman kecantikan kami untuk Little Black Book khas yang berkongsi rahsia sosialit untuk direktori terbaik spa dan salun. Restart keterampil­an anda mulai September ini dengan lebih bersemanga­t, stail yang refine dan tubuh yang lebih refresh!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia