GLAM (Malaysia)

BOLD LIPSTICK? BRING IT ON!

“Rona gincu ini sangat terang, bolehkah saya membawa imej ini untuk solekan harian saya?” Jawapan kami, ya anda boleh!

-

Walau kini sudah banyak jenama kosmetik yang mengeluark­an ronarona terang dan berani sebagai rona pilihan masa kini, namun masih ada wanita yang ragu-ragu untuk mengenakan­nya. Takut ia tidak melambangk­an personalit­i diri. Ramai wanita yang mahu memakai warna selamat sahaja. Jangan gusar memilih rona terang. Sesekali anda perlu lari daripada kebiasaan dan cuba gincu yang terang dan bold. Nikmati dan raikan semua warnawarna cantik yang ada di bumi ini. Pun begitu perlulah tahu tidak semestinya rona gincu yang sama akan melekat dan menyinari bibir dengan rona yang seperti dilihat pada batang gincu tersebut. Ianya akan berubah warna mengikut undertone seseorang itu. Gincu yang dipakai wanita berkulit putih kebiasaann­ya akan tampil berbeza berbanding mereka yang berkulit gelap. Untuk mengetahui rona yang sesuai adalah dengan memilih rumpunan warna yang sama dan mencubanya satu persatu. Gincu yang bersesuaia­n adalah gincu yang membuatkan senyuman adalah lebih berseri serta gigi tampak lebih cerah.

Bagaimana hendak menggayaka­n gincu terang ini?

kegemaran Walaupun selama ini anda tidak berani menggayaka­nnya. Kini, tiba masanya untuk buang jauh perasaan ragu-ragu itu. Jika mahu mencipta satu gaya solekan yang edgy lagi seksi, inilah peluangnya. dengan kulit Untuk tahu warna apa yang sesuai dengan kulit, lihat undertone anda. Untuk menentukan­nya, ada yang menyaran jika perhiasan silver terlekat cantik dengan rona kulit anda, maka anda bertona dingin. Manakala jika anda tampak cantik menyarung perhiasan emas, maka anda serasi dengan tona hangat.

dengan pensil bibir

Ini bagi mendapatka­n hasil solekan bibir yang lebih berdefinis­i. Malah jika bibir jenis nipis, gunakan pensil ini untuk melakar bentuk bibir sedikit lebih untuk efek bibir tebal dan mungil. Jika memakai gincu berona terang, elakkan menyolek tebal di bahagian wajah yang lain. Biarkan bibir menjadi pusat perhatian siapa yang memandang. Kalau bibir sudah terang, mata disolek tebal juga, tidakkah rupa anda bagai badut jadinya? Setelah memakai gincu terang dan berani, langkah terakhir adalah untuk menjadi lebih yakin! Anggaplah bibirmu itu tidak menyarung apaapa. Jangan biarkan diri berasa janggal, nanti secara tidak langsung anda akan menjadi tidak selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia