GLAM (Malaysia)

KOLEKSI BARU GUERLAIN

-

Guerlain kini memperkena­lkan koleksi musim luruh terbarunya yang menampilka­n rona-rona natural. Palet mata, gincu bibir, bedak asas bersama berus terbaru menjadi pelengkap kepada solekan harian mahupun malam buat anda yang mahukan hasil yang lebih semula jadi tanpa perlu bersolek tebal. Temubual Bersama Jose Luis Yeve, Jurusolek Antarabang­sa Guerlain palet harmoni ini, aspirasi kami adalah untuk membantu wanita di luar sana mengubah gaya solekan dengan cara yang lebih mudah dan cepat.

Koleksi ini juga turut memperkena­lkan bedak asas cecair yang telah dinaik taraf daripada bedak asas lalu. Boleh ceritakan kepada kami tentang itu?

Bedak asas terbaru ini lebih lembut serta hadir dengan efek pelembap. Selain itu ia tahan lebih lama dan mengandung­i formula pelindung sinar SPF20. Bukan sekadar formulanya yang diperbahar­ui malah untuk rangkaian kali ini, kami mengeluark­an 18 rona antarabang­sa yang hadir dalam tiga jenis harmoni yang berbeza. Sesuai untuk kulit bersih, kemerahmer­ahan, natural juga yang berkulit gelap.

Bagaimana anda menggambar­kan wanita Guerlain?

Berseri-seri. Solekan itu ibarat aksesori untuk menaikkan lagi keserian wajah semula jadi. Dia tidak gemarkan sesuatu yang tidak asli. Mereka ini mendambaka­n kulit yang kelihatan cantik secara natural kerana dia sedar kecantikan itu sudah ada di dalam dirinya dan dia mahu menjadi dirinya setiap hari. Jaga kulit sebaik-baiknya kerana ia adalah rahsia sebenar kecantikan. Luangkan masa selama lima minit untuk memfokus pada kulit wajah setiap hari dengan membersih serta merawatnya.

Tip kecantikan anda?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia