GLAM (Malaysia)

TERBANG SELESA

Berbelai servis terhebat lalu menjanjika­n pengalaman sebenar dan erti kepuasan penggembar­aan.

-

Sejak penubuhann­ya di bawah pimpinan Akbar Al Baker pada 1997, syarikat penerbanga­n nasional asal negara Timur Tengah ini tidak putus-putus memberikan servis layanan yang terbaik. Malah, tidak pernah gagal memperkena­lkan destinasi penerbanga­n baru tiap musim. Maka, pada 2004 Qatar Airways mendapat pengiktira­fan lima bintang oleh Skytrax atas perkhidmat­annya yang cemerlang lagi terbilang. Sekali gus, namanya terus dijulang saban tahun di Anugerah Syarikat Penerbanga­n Terbaik Tahunan Dunia. Yang terbaru, Qatar Airways dianugerah­kan World’s Best Business Class, Best Business Class Airline Lounge dan tentunya Best Airline Staff Service yang mana sememangny­a dikenali dengan para petugas dan krew penerbanga­n yang cukup ramah dan mesra pelanggan. Seperti negaranya yang pesat membangun, syarikat penerbanga­n ini terus berkembang maju biarpun merupakan salah satu syarikat penerbanga­n termuda di dunia.

Saat ini, Qatar Airways menawarkan lebih 150 destinasi merentasi tujuh benua dengan 189 pesawat, termasuk penumpang mahupun kapal kargo. Pengalaman menaiki pesawatnya pasti melakar memori manis kala mengembara dengan Qatar Airways. Tampil penuh eksklusif dengan tempat duduk boleh laras 180 darjah lalu boleh dibaringka­n sepenuhnya di kelas perniagaan buat kedua-dua kapal Airbus A330 dan A340. Semua kelas kabin di pesawat ini juga punya paparan skrin peribadi dan setiap penumpang disediakan bantal, selimut, tuala panas, juga kit keperluan termasuk penutup mata dan telinga, dan sarung kaki biarpun duduk di kelas ekonomi! Boeing 777 menawarkan kompartmen yang luas kala duduk di kelas perniagaan. Miliki ruang duduk boleh laras sehingga 78 inci beserta tempat duduk boleh dibaringka­n, di samping menawarkan katil rata sepenuhnya untuk anda melelapkan mata tanpa gangguan. Manakala, kelas ekonomi mempunyai tempat duduk seluas 34 inci.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia