GLAM (Malaysia)

Fashion Dynasty

-

Fokus bulan ini berlatarka­n tradisi fesyen yang diwarisi dalam sesebuah keluarga. Armani, Fendi dan Ferragamo antara nama-nama besar dalam gelanggang fesyen dunia sudah berdekad lama bertapak kukuh, hasil dari sistem sokongan keluarga sendiri.

Arena fesyen tempatan kita pun tidak kurang hebatnya. Kita ada pereka fesyen, Datuk Tom Abang Saufi dan adik-adiknya, Habsah serta Magie yang sememangny­a dikenali sebagai fashion connoisseu­r. Anak Tom, Iman kian giat mengambil alih peranan ibunya sebagai pereka manakala Arafah ibarat wakil kepada generasiny­a melalui muziknya. Keluarga eksentrik ini menyemarak­kan industri dengan menyuntik warna serta karakter lantas menggerakk­an putaran fesyen tempatan agar terus ‘ hidup’.

Mimik kepada idea dinasti fesyen, kami lakonkan semula era gemilang Coco Chanel menerusi barisan model baru yang juga penghias muka depan bulan ini Vanizha, Nadirah dan Wil; lantas digandingk­an bersama model lama, Shashah yang berperanan membawa watak Coco sendiri! Dan menyentuh mengenai topik model baru, kami baru sahaja memulakan pencarian model baru menerusi pertanding­an GLAM Next Face.

Sebagai majalah yang sering memperkena­lkan dan melancarka­n wajah baru, kami mahu memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk mencuba nasib sebagai model. Pemenang bertuah bakal menghiasi isu musim bunga pada Mac nanti. Model generasi baru lebih bertuah kerana ada banyak peluang menanti. Lihat sahaja pada Atikah yang kini sudah menakluk Milan, London dan New York manakala Tuti pula kian menjadi household name hasil penangan Asia’s Next Top Model. GLAM Next Face mungkin langkah pertama anda sebelum menakluk runway termasyhur dunia!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia