GLAM (Malaysia)

MENGAPA PENTINGNYA STAIL ASLI?

Melalui kempen terbaru Tod’s yang diadaptasi dari gambar tiga fesyen ikon dunia era 60-an untuk disesuaika­n dengan kasut dan beg tangan terbaru musim luruh 2016 menguatkan persoalan mengapa stail individu itu amatlah penting.

-

Twiggy, Jane Birkin dan Jean Shrimpton. Tiga nama yang terlalu banyak berjasa dalam menghembus­kan gaya yang tersendiri lalu memberi inspirasi kepada wanita-wanita yang mahu turut sama hebat dalam soal penggayaan mereka. Melihat gaya ketiga-tiga mereka, masingmasi­ng punya kekuatan yang berlainan. Calitan solekan pembayang mata terang, rambut pendek disisir rapi ke tepi, ditemani pula dengan dress pendek potongan A yang sudah sebati dengan empunya diri, Twiggy. Bisakah anda keluar rumah, dengan sehelai baju-T sendat dan seluar wide-legged denim tampil sehebat Jane Birkin? Atau hanya menggayaka­n gaun lurus tanpa aksesori mewah tapi kelasnya setanding Jane Shrimpton?

Kehebatan mereka bukanlah pada pemilihan ceraian dan dandanan yang tepat semata tetapi keselesaan mereka menggayaka­n sesuatu helaian lantas memberikan ekspresi yang lain daripada biasa. Mereka faham akan sifat sesuatu siluet, tahu bagaimana memberi impak gaya yang kuat biarpun dalam potongan lurus dan polos. Meskipun waktu itu masih tidak lagi wujud #ootd yang self- approved, namun gaya mereka kekal dijulang sehingga hari ini

Justeru, musim luruh/sejuk ini, Tod’s mahu semua wanitanya tampil sehebat ketiga wirawati ini. Tampil dengan kekuatan gaya yang tersendiri menerusi beg tangan dan kasut terbaru mereka. Tod’s tahu semua wanitanya adalah istimewa, penuh karisma malah hadir dalam pakej personalit­i yang lengkap. Oleh itu, kempen Timeless Icons ini secara langsung memberi simbolik bahawa wanita harus mempelajar­i mempertaja­mkan serta mempertaha­nkan gaya peribadi mereka.

 ??  ?? TWIGGY
TWIGGY
 ??  ?? JANE BIRKIN
JANE BIRKIN
 ??  ??
 ??  ?? SHRIMPTON
SHRIMPTON
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia