GLAM (Malaysia)

TIP KULIT SEMPURNA

Walau sudah menyapu pelbagai krim, namun masih tiada perubahan. Ikuti saranan GLAM.

-

Bukan salah produk penjagaan wajah. Namun, mungkin cara atau gaya hidup yang anda tidak sepadan dengan apa diinginkan oleh kulit wajah anda.

Ada sesetengah produk barangkali kurang sesuai dengan kulit. Kadang-kala proses mencuba dan mencari produk terbaik dengan kulit anda agak sukar. Jika terdapat kesan-kesan yang nyata seperti kulit menjadi kemerah-merahan atau terbakar setelah 24 jam menggunaka­nnya, anda seharusnya berhenti daripada menggunaka­n produk tersebut dan terus merujuk kepada doktor pakar.

Namun jika anda tidak mengalami alahan seperti ini, anda perlu bersabar dan jangan terus menukar produk. Apa kata kita cuba solusi sampingan yang lain untuk menambah serta mengaktifk­an lagi proses pemulihan kulit wajah anda? Sinaran matahari Semua orang tahu setiap kali keluar rumah, wajib untuk menyapu krim tabir suria. Ini kerana anda akan terdedah kepada sinar matahari . Pun begitu masih ramai yang masih belum sedar, sinar matahari yang menembusi melalui tingkap juga merosakkan kulit tidak kira anda berada di dalam kereta atau di dalam rumah. Pendek kata berada di kawasan indoor memberi efek yang sama seperti anda melakukan aktiviti outdoor. Kajian di Barat menyatakan rata-rata kanser kulit terjadi pada bahagian kiri kulit kerana sinaran matahari lebih terdedah kepada bahagian ini terutama ketika memandu.

Jika anda tidak mendapat tidur yang cukup, ia akan mengundang kepada stress yang boleh memberi efek kepada tubuh. Jika hal seperti ini terjadi, hormon kortisol serta adrenalin akan

yang cukup Tidur

meningkat dan membawa kepada pelbagai masalah kulit. Seelokelok­nya dapatkan tidur yang cukup selama tujuh hingga lapan jam sehari agar kulit dapat bernafas lancar sepanjang hari.

Berhenti merokok atau berada di kawasan yang bebas asap rokok! Tahukah anda, asap kotor ini mampu menyebabka­n radikal bebas membiak lantas merosakkan kulit serta mempercepa­tkan lagi proses kulit menua? Namun, bukan itu sahaja yang anda harus elak. Udara di dalam rumah juga bilik perlu dititikber­atkan. Udara kering di dalam bilik mampu membuatkan kulit dehidrasi dan mengundang penampakan garis halus.

Minum air putih dengan banyak untuk mendetoks tubuh badan anda. Selain itu, kajian turut mendapati, 30 peratus remaja perempuan yang minum susu secara berlebihan lebih cenderung untuk mendapat masalah kulit seperti jerawat berbanding mereka yang minum sedikit. Pakar juga tidak menafikan yang ia mampu memberi efek kepada wanita di luar sana. Kurangkan pengambila­n tenusu untuk mengelakka­n kondisi kulit terjejas. Dapatkan kalsium secukupnya daripada sayur-sayuran hijau juga amalkan pengambila­n vitamin.

segar pemakanan Hirup udara Jaga

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia