GLAM (Malaysia)

ULANG TAHUN LAURA MERCIER

-

Sempena ulang tahunnya yang ke-20, jenama Laura Mercier meraikan item ikoniknya untuk memperinga­ti kecemerlan­gan perjalanan jenama ini sepanjang ditubuhkan. Jurusolek profesiona­l, Laura Mercier, menyatakan hasrat keterujaan­nya dalam meraikan ulang tahun ini dengan mengumpulk­an rangkaian produk yang mendapat pengiktira­fan tertinggi secara global.

Jenama yang sudah bertapak semenjak tahun 1978 di Paris turut menandakan kejayaan serta kesuksesan kariernya yang telah membawa dirinya ke tahap kini. Sebagai pengasas kepada Laura Mercier Cosmetics, Skincare, Body & Bath and Fragrance, Mercier telah menjadi pilihan ramai selebriti terkemuka seperti Sarah Jessica Parker, Julia Roberts, Juliette Binoche serta menjadi pilihan untuk menata wajah buat majalah-majalah antarabang­sa. Mercier terkenal dengan signatur solekan “flawless face” ini beranggapa­n dia sering mahukan alat solek yang sesuai untuk solekan wajah namun masih belum bertemu dengan formula, warna dan tekstur yang sesuai dan tepat. Oleh itu, dia mula bereksperi­men dengan bahanbahan formula yang direkanya sendiri untuk mencipta solekan flawless sempurna. Oleh kerana ketekunann­ya dalam mencari sesuatu yang sempurna, akhirnya jenama Laura Mercier ditubuhkan pada 1996.

Lima produk yang diraikan adalah Primer, Tinted Moisturixe­r, Silk Crème Foundation, Secret Camouflage serta Loose Setting Powder. Bersempena itu, sepanjang bulan Oktober ini, produk Loose Setting Powder dijual dengan harga promosi RM149.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia