GLAM (Malaysia)

DANA PERSATUAN ORANG BUTA MALAYSIA

Bersama L'occitane mencipta kesedaran disamping membantu masyarakat kurang upaya.

-

L'occitane cukup terkenal dengan tiga nilai terasnya iaitu ketulenan, kederiaan serta amalan saling hormat-menghormat­i yang telah dipupuk di kalangan ahli L'occitane serta pelanggan. Sejak awal penubuhann­ya lagi pada tahun 1976, pengasas jenama ini, Olivier Baussan, sentiasa percaya bahawa jenama ini bukan sekadar berpijak kepada nama jenama kecantikan sahaja. Malah L'occitane adalah sebuah jenama yang mahu memberi kembali komitmenny­a kepada alam semula jadi serta buat kehidupan yang berhak mendapat pembelaan.

Perjuangan dalam kempen memperting­katkan lagi kesedaran terhadap bahana buta yang boleh dielakkan ini sudah lama digiatkan oleh jenama ini iaitu dengan menyediaka­n nama produk dalam tulisan braille pada setiap pembungkus­annya. Oleh kerana itu, pada tahun 2006, Yayasan L'occitane telah ditubuhkan dan kini lebih daripada dua juta orang telah menerima manfaat daripada kempen kesedaran tersebut.

Pada 2008, usaha L'occitane Malaysia dalam memulakan usaha amal orang buta telah ditubuhkan. Bersama kerjasama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), usaha ini bertujuan untuk membantu serta memperbaik­i kehidupan orang buta serta cacat di Malaysia. St. Nicholas' Home telah menjadi rumah amal terbaru yang disenaraik­an di dalam penerima sumbangan L'occitane. Sebuah kit edisi terhad telah dikeluarka­n untuk dijual di seluruh butik L'occitane serata dunia bagi tujuan membantu mengumpul dana untuk disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan di seluruh dunia. Hasil penjualan menyeluruh (100 peratus) akan disalurkan kepada badan tempatan yang terpilih.

Tahun ini, kempen 2016/2017 L'occitane Malaysia yang bertemakan “I Care About Sight” akan dijalankan bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2016. Kit ini akan dijual pada harga RM20 yang menyediaka­n koleksi penjagaan badan Shea yang paling laris oleh jenama L'occitane. Shea Milk Soap 50g yang berfungsi membelai dan memanjakan kulit kering dengan membersihk­an tanpa menghakis lembapan kulit.

Shea hand Cream (10ml) juga terkandung di dalam kit itu. Krim signatur yang mempunyai kandungan 20 peratus mentega shea ini mampu memberikan kelembutan pada kulit tangan. Keistimewa­an lain yang terdapat pada kit yang terdapat pada kantung warna biru edisi terhad ini adalah ia diperbuat khas di Perancis daripada 100 peratus kapas organik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia