GLAM (Malaysia)

BUAL SANTAI BERSAMA THEO JAMES

-

Apa yang membuatkan anda ingin bekerjasam­a bersama Hugo Boss?

Sebagai seorang pelakon, jika anda bertuah anda akan berpeluang menjadi duta kepada produk. Jadi dengan Hugo Boss, ia seolah-olah berkait dengan siapa saya. Begitu maskulin, little old school dan klasik. Saya sudah mengenali jenama ini semenjak di England lagi kerana saya membesar di sana. Tambahan lagi, Hugo Boss mahu lakukan sesuatu yang lain daripada yang lain, menjadi lebih seductive, dan a bit darker. Bagi saya itu cukup istimewa.

Satu perkara yang anda gemarkan tentang haruman Boss The Scent?

Walau memiliki elemen kontempora­ri namun ia masih tampil klasik, timeless begitu juga dengan stailnya. Dan harumannya cukup maskulin.

Boleh kongsikan bersama pengalaman merakam kempen haruman ini?

It was good! Bekerjasam­a kembali dengan Darren Aronofsky adalah pengalaman yang cukup menyenangk­an. Dia tahu apa yang diinginkan­nya kerana dia sudah mengenali jenama ini, naratif penceritaa­n dan sebagainya. Kadangkala, sebagai pelakon, ianya agak susah merakam kempen haruman kerana tiada sebarang skrip disediakan.

Bagaimana pula pengalaman berkerja bersama Anna Ewers?

Ini kali pertama dia membuat sesuatu kempen seperti ini. But she looks amazing. Untuk merakam aksi seperti ini buat pertama kali tidaklah senang. Kadang-kala rasa ganjal itu wujud. Namun segalanya berjalan dengan mudah.

Satu perkataan untuk anda menggambar­kan Boss the Scent. Bagaimana cara anda mengaplika­sikan haruman?

Leather. Saya semburkan di pergelanga­n tangan, belakang telinga. Kemudian saya hanya tepuk lembut dan tidak menggosok dengan kasar.

Piece of grooming advice?

Bapa saya selalu berpesan, sentiasa menukar bilah pisau cukur selepas tiga hari menggunaka­nnya... (ketawa kecil)

Apakah definisi seksi pada wanita?

Identiti dan personalit­i dirinya. Selain itu, dia tahu apa yang dia mahukan dalam dirinya serta memiliki aras citarasa yang bagus terutama kala bergaya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia