GLAM (Malaysia)

Bagaimana karier muzik anda bermula?

-

Just by an accident. Dulu, saya merupakan pelajar jurusan undang-undang di UiTM. Dan ketika itu tidak terfi kir lagi hendak buat muzik. Namun, sejak saya mula bermain muzik sekadar suka-suka dan berkawan pula dengan ahli muzik yang lain ketika itu seperti Hujan dan Bunkface. Daripada situlah saya mula terdorong. Tamat belajar, saya mula mengambil serius dalam bidang ini. Kemudian album pertama saya dijual. Single Dan Sebenarnya pula mendapat sambutan yang baik ketika itu.

Boleh kongsikan di sebalik inspirasi album Chapters ini?

Untuk Chapters, ia mengambil masa selama dua tahun dan ketika itu saya di Los Angeles. Saya menulis lagu juga recording di sana. Inspirasi disebalik lagu ini adalah di mana saya ingin menceritak­an tentang judul atau fasa kehidupan saya di sini. Kisah hubungan saya bersama kawan baik, keluarga, cinta dan kehilangan. Album ini juga boleh dikatakan menggambar­kan kematangan saya. Genre RnB dan urban kontempora­ri menjadi taruhan saya. Seronok rasanya apabila mencuba sesuatu yang baru. Alhamdulil­lah, peminat boleh menerima album ini. Dan sehingga kini masih ada yang menegur saya di laman Twitter seperti, “I just found you!”, itu sudah membuatkan saya cukup gembira, sama perasaanny­a seperti mula-mula bertapak di dalam industri ini.

tangani Bagaimana anda haters?

Sekarang ini saya sudah tidak berapa kisah. Jika dulu ya. Dahulu saya tidak di groom sebagai seorang penyanyi. Jadi segalanya menjadi cukup baru dan tidak biasa untuk saya kawal kerana saya membesar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia