GLAM (Malaysia)

Krim ABC Ginseng

-

Membesar di Gaesung, membuatkan mendiang Sun terdetik untuk mencipta suatu produk berdasarka­n kuasa dan nilai yang terdapat di dalam ginseng ini. Sung-Wan memberi fokus kepada manfaat kesihatan dan akhirnya dia berjaya mencipta krim pertama ini pada tahun 1966 lalu membuka peluang kepada inovasi ginseng di dalam produk kecantikan di pasaran. 1973 1987

Sempena meraikan 50 tahun kepada kecemerlan­gan jenama Sulwhasoo, secara eksklusifn­ya, krim wajah ikonik mereka kini kembali dengan formula yang telah dinaik taraf untuk memberi kepuasan dan hasil yang lebih optimum kepada para pelanggan setianya lalu menjadi tonggak kehebatan kepada kajian Ginsenomic­s™.

Mengimbas kembali kelahiran generasi krim ketiga ini pada 2009 yang lalu yang diperkenal­kan dengan bahan aktif anti penuaan, Kompaun K serta ekstrak beri ginseng. Ia menggunaka­n sepenuhnya tanaman ginseng dari akar hingga ke buahnya.Buat julung kalinya tahun 2016, krim yang telah dinaik taraf dengan 1997 penggunaan sains ginseng serta kajian anti penuaan yang lebih canggih ini dihasilkan. Ia mampu mengembali­kan daya hidup semulajadi pada kulit serta menjana penghasila­n semula sel kulit dan sistem pertahanan yang membawa kepada kulit menua.

Diformulak­an dengan dua tekstur serta bauan yang berbeza, krim ini hadir dalam dua kelalang yang berbeza iaitu Concentrat­ed Ginseng Renewing Cream EX Original berserta Concentrat­ed Ginseng Renewing Cream EX Light.

Concentrat­ed Ginseng Renewing Cream EX Original hadir dengan wangian yang terhasil daripada akar ginseng yang mampu merangsang tenaga positif daripada dalam kulit. Selain itu formulanya juga diperkaya dengan nutrisi melalui teknologi Multilater­al Emulsifica­tion langsung diperkuatk­an dengan gabungan teknologi Dermal-Epidermal Junction yang membantu mengekalka­n kulit hidrat serta lebih berseri.

Manakala Concentrat­ed Ginseng Renewing Cream EX Light pula adalah sebuah krim wajah yang hadir dalam tekstur yang ringan juga memiliki haruman yang lebih segar. Tekstur yang lembut dan malah lebih menyegarka­n apabila krim kemasan gel ini dioles pada wajah. Ia juga menyerap lebih cepat pada kulit dan meninggalk­an lapisan perlindung­an pada kulit.

 ??  ??
 ??  ?? HOTEL SHILLA SEOUL
HOTEL SHILLA SEOUL
 ??  ?? CONCENTRAT­ED GINSENG RENEWING CREAM EX
CONCENTRAT­ED GINSENG RENEWING CREAM EX
 ??  ?? SUH SUNG-WAN
SUH SUNG-WAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia