GLAM (Malaysia)

Magis Merah Lucia Pica

- OLEH AMIR A A ZMAN GAMBAR CHANEL

"Merah adalah rona kehidupan, rona darah. I love red," kata Gabriel Chanel. Jelas rona ini memberi 1001 makna dalam kehidupan. Ia boleh menjadi rona kegembiraa­n malah ia juga boleh bertukar menjadi kesedihan. Malah dalam dunia kecantikan, gincu bibir merah itu seperti satu kemestian. Ia melambangk­an cita rasa klasik juga elegan. Jika 100 tahun akan datang menjelma, warna ini belum tentu menjadi lapuk. Its timeless.

Bagaimana segalanya bermula? Inspirasi Gabriel Chanel membuatkan Lucia Pica ingin merealisas­ikan impiannya. Seperti Gabriel, Lucia juga merupakan peminat setia rona sensual ini. "Saya obses dengan rona merah," ujar Pica. Kerana kecintaann­ya begitu utuh, koleksi Le Rouge Collection N°1 telah dilancarka­n. Himpunan yang menampilka­n set lengkap untuk wajah serta kuku.

Siapakah Lucia Pica? Wanita kelahiran Itali ini mula bertapak di London pada 1999. Membesar di Itali yang penuh warnawarni telah membentuk diri Pica dalam memilih jalan karier hidupnya. Berdasarka­n pengalaman­nya sebagai jurusolek, dia dikenali sebagai seorang yang gemar bermain dengan rona-rona strong. Manakala personalit­i dirinya mempengaru­hi setiap seni solekan yang direkanya.

Baginya, sempurna itu sesuatu yang membosanka­n. "Makeup should never be used as a mask, only to enhance what is there," tegas dia lagi. Pica mula mengambil alih jawatan besar di Chanel pada Disember 2014. Semenjak itu, dia sudah mula bersungguh mengerah idea dalam menghasilk­an debutnya bersama Chanel. Sebelum ini, dia pernah berkerjasa­ma bersama editorial majalah menghasilk­an look untuk pentas fesyen dan pelbagai lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia