GLAM (Malaysia)

BICARA SANTAI BERSAMA LUCIA PICA

-

Mengapa merah berkait rapat dengan koleksi Le Rouge Collection N°1 ini?

Idea subversi dan klasisisme adalah punca tercetusny­a koleksi ini. Saya gambarkan merah ini sebagai satu elemen yang tegang, lemah, seksual dan abadi. Saya benar-benar mahu selami makna di sebalik rona merah untuk koleksi kali ini.

Mengapa rona merah begitu dekat dengan diri anda?

Bak kata Coco Chanel, "Mettez du rouge et attaquez". Maksudnya, sarungkan gincu bibir dan mula menyerang. Bagi saya, bait-bait itu bermakna asas kepada solekan merah. Seperti perlindung­an, keseronoka­n dan kekuatan.

Apakah inspirasi dalam mencipta koleksi ini?

I am a woman talking to a women. Saya mahu rasakan setiap perbezaan dari segi deria serta sensual setiap wanita terutama sekali koleksi pertama ini. Secara amnya, saya mahu solekan ini mencermink­an sesuatu karakter dan bukannya sekadar menyamar. I want to enhance what is there.

Nasihat anda buat wanita di luar sana yang mahu tampil cantik bersolek?

Di dalam setiap ketidaksem­purnaan, pasti ada terselitny­a kekuatan. Pasti ada nuansa di sebalik cacat cela itu. Saya percaya kepada perkara spontan yang berlaku dalam kehidupan. Tidak mengapa jika anda tidak sempurna dalam mencalit mekap mata atau juga gincu bibir yang dioles tidak kemas, kamu masih terus hidup, glamor itu sentiasa ada. You can still think, live your life and wear lipstick.

 ??  ??
 ??  ?? 3. 2.
3. 2.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 1.
1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia