GLAM (Malaysia)

KONTUR TUBUH FIT

GLAM dijemput Clarins untuk bersama-sama meraikan produk barunya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

-

Kaedah yang betul menggunaka­n Clarins Body Fit Sapukan mengikut kaedah Selfmassag­e Body Contouring dengan menggunaka­n tekanan pada tangan serta otot. Sapukan pada tubuh serta kaki. Disarankan juga untuk menggunaka­n krim ini sebelum melakukan aktivit senaman. Pakar kontur baharu daripada Clarins menggantik­an Clarins Body Lift Cellulite Control kepada formulasi serta botol baru yang diberi nama Body Fit. Dengan tiga adipocytes yang ditemui sebagai faktor penyebab pengembang­an tisu pada lemak dan kulit, maka pakar pengkaji Clarins mencipta formulasi baharu yang merangkumi ekstrak tumbuhan terbaik yang mampu memulih kembali kulit tubuh. Menurut penemuan yang dilakukan pakar Clarins ada tiga jenis sel adipocytes yang bertanggun­gjawab menyebabka­n pengembang­an tisu lemak dan kulit di dalam tubuh. Adipocyte ini adalah sel yang bertindak sebagai tempat pengumpula­n lemak. Selain itu, ianya turut dikenali sebagai sel lemak.

Tiga adipocyte tersebut adalah sel adipocyte yang bertujuan menyimpan lemak, membakar lemak serta pengeluar fiber. Sel adipocyte yang berfungsi menyimpan lemak ini mampu menukarkan sel pra-adipocyte kepada sel matang adipocyte dan berupaya menyimpan lipid yang banyak dan kemudian bercambah. Inilah yang menyebabka­n kemunculan selulit. Manakala adipocyte pembakar lemak pula berfungsi memberikan tenaga kepada tubuh badan, namun bagi menyeimban­gkan aktiviti pembakaran lemak ini tidak mampu menyimpan lipid dalam tempoh yang lama. Sementara sel adipocyte yang menjadi pengeluar fiber pula jarang berfungsi secara stabil dan tidak memainkan peranan positif dalam tubuh badan. Ia mengeluark­an jumlah fiber yang minimum untuk kegunaan tisu adiposit.

Faktor-faktor ini mampu menyebabka­n jumlah lemak dalam tubuh menjadi tinggi dan tidak berfungsi membakar lemak dan mengakibat­kan sel lemak menebal serta meningkatk­an pengeluara­n fiber yang banyak disekelili­ng sel adipocyte ini. Ini menyebabka­n kulit menjadi kasar dan lemak semakin susah untuk disingkirk­an.

Bahan baharu yang terkandung di dalam Clarins Body Fit iaitu ekstrak daun quince ini mampu menjadi “pembimbing peribadi” yang luar biasa kepada sel adipocyte. Ekstrak ini mampu menangkas masalah yang disebahkan oleh tiga faktor akibat tiga sel adipocyte tersebut.

Selain itu, tujuh bahan kandungan lain seperti ekstrak Celosia, Organic Water Mint, Baccharis, Scabious, Horse chesnut, Sunflower phospholip­ids serta minyak Hazelnut turut digunakan dengan manfaatnya yang tersendiri agar kulit tubuh menjadi lebih sempurna.

Selain menggunaka­n krim kontur tubuh ini, Clarins turut menyediaka­n rawatan spa Contour Shaper disemua butik Spa Clarins. Rawatan selama 60 minit ini membantu memberikan lagi hasil bentuk tubuh yang langsing dan kulit yang lebih anjal. Rawatan yang memfokus kepada bahagian selulit serta tekstur kulit tubuh ini turut membuatkan badan terasa lebih ringan secara menyeluruh. Harga rawatan Clarins Contour Shaper ialah RM365.

 ??  ?? AKTIVITI WATER RAFT BUILDING BERSAMA PARA MEDIA DAN KUMPULAN CLARINS
AKTIVITI WATER RAFT BUILDING BERSAMA PARA MEDIA DAN KUMPULAN CLARINS
 ??  ?? DEMONSTRAS­I RAWATAN TRI- ACTIVE BODY TREATMENT
DEMONSTRAS­I RAWATAN TRI- ACTIVE BODY TREATMENT
 ??  ?? FITNESS SESSION BERSAMA NANA ALHALEQ
FITNESS SESSION BERSAMA NANA ALHALEQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia