GLAM (Malaysia)

Cantik Sahaja Tidak Cukup

- SUZIEADNAN@ BLUINC.COM. MY

Bulan ini GLAM terbang ke Paris untuk bersama Neelofa. Tiga hari menahan sejuk, merakam bintang paling popular itu dalam balutan mewah label-label Paris. Sebagai wajah kepada Swarovski, Neelofa juga menjadi selebriti tempatan yang paling in demand ketika ini. Walau sibuk dengan jadual padat, Neelofa sempat melarikan seketika dari kesibukan itu untuk bersama kami bagi sebuah penggambar­an istimewa. Saya salute Neelofa atas kemampuann­ya untuk menyandang pelbagai tugas dalam satu masa malah melakukann­ya dengan jaya sekali.

Dia bukan sekadar hos dan pelakon, tetapi juga usahawan berjaya. Walau dinobatkan sebagai bintang paling popular tanahair, tentunya bukan calang-calang orang mampu meletakkan namanya dalam senarai Forbes. Neelofa mungkin bukan yang terbaik di atas pentas lakonan, namun dia membuktika­n yang dia boleh mencipta impak yang lebih hebat dari itu menggunaka­n kepintaran­nya. Beauty is nothing without brains, dan Neelofa adalah contoh paling bagus menggunaka­n ilmu dalam menjana bakat.

Sama juga dengan trend influencer hari ini. Ya, saya memang bangga pada mereka yang punya visi jelas dalam hidup atau yang memiliki peranan dalam masyarakat setanding dengan kedudukan atau gelaran. Mereka memberi aspirasi kepada para pengikut untuk menjadi sama berjaya. Tetapi bagaimana pula dengan yang selainnya yang sibuk menjaja rupa dan gaya demi mengaut bilangan follower? Pernah saya bertanya pada seorang influencer mengenai apa bahan bacaannya sekarang. Selorohnya yakin, “Oh, I don’t read!”

Maka benarlah ramai generasi muda hari ini yang tidak lagi serius menimba ilmu kerana sekarang ini menerusi Instagram sudah senang buat duit. Untuk easy money, hanya perlu selfie dan OOTD. Generasi jenis apakah yang bakal memerintah di masa hadapan? Kembali kepada mesej saya mengenai Neelofa, sesungguhn­ya kejayaan itu perlu disertai dengan ilmu. Walau dalam apa jua bidang sekali pun. Industri hiburan atau fesyen, teguhnya industri itu dengan kekuatan orang belakang yang penuh ilmu di dada. Cantik tidak akan kekal dan peminat tidak akan selamanya setia. Beauty may be dangerous but intelligen­ce is lethal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia