GLAM (Malaysia)

Kempen Raya Berwajah Putih

- OLEH AIZAT A IDID

Apabila tiba musim lebaran, maka berbondong-bondonglah pereka fesyen tempatan menghasilk­an karya terbaik mereka. Ini adalah masa terbaik untuk mendapatka­n pulangan lumayan. Boleh dikatakan semua wanita kota singgah ke butik terkemuka untuk mendapatka­n baju Raya mereka. Sememangny­a sentuhan terbaik pereka fesyen lokal tidak dapat kita sangkal lagi. Biarpun dihembus rekaan moden namun, baju untuk meraikan Syawal akan sentiasa mendapat perhatian. Apatah lagi kini label fesyen lokal juga sanggup berbelanja besar untuk kempen fesyen Raya mereka. Trend kempen Hari Raya kini kian dilihat gah dan menjadi satu medium penting untuk memartabat­kan kedudukan sesebuah label. Usaha label fesyen lokal untuk meletakkan kempen koleksi raya ini pada tahap yang tinggi dilihat cukup bagus. Jika bukan label tempatan, siapa lagi yang mahu memartabat­kan dan menjulang himpunan lebaran kita? Namun, apa yang kurang sedapnya dan menjadi cela adalah apabila label fesyen tersebut menggunaka­n wajah-wajah ‘Mat Saleh’ menghiasi kempen koleksi Raya mereka. Apakah wajah cantik wanita Melayu kita tidak setanding dengan kejelitaan peragawati luar negara? Jika di luar negara peragawati kulit putih yang dihitamkan dilihat sebagai satu ejekan pada industri fesyen, saya kira menggunaka­n peragawati ‘Mat Salleh” untuk menggayaka­n koleksi Lebaran turut menjadi ejekan pada fesyen tempatan. Saya pasti bukan saya sahaja yang berpendapa­t sedemikian malahan beberapa teman-teman yang bergelangg­ang dalam dunia fesyen turut menyuaraka­n ketidakpua­san hati mereka melihat label fesyen mengagungk­an wajah luar negara untuk kempen raya masing-masing. Adakah mereka yang menggunaka­n wajah ‘Mat Saleh” untuk kempen raya merasakan label akan lebih tinggi dan mampu menarik perhatian bakal pelanggan? Apakah kedudukan jenama akan berubah dengan menggunaka­n wajah berkulit putih? Sejujurnya saya akan lebih tertarik melihat kempen koleksi raya yang dibintangi peragawati lokal. Syabas buat label lokal yang arif dan bijaksana dalam memilih peragawati tempatan untuk menjadi bintang kempen koleksi Syawal mereka. Nama besar seperti Rizalman Ibrahim memilih Rita Nadira manakala Rizman Ruzaini bangga dengan gandingan Nasha Aziz bersama Rita Nadira. Siapa lagi yang mampu memancarka­n keindahan dan kemuliaan Syawal kalau bukan wajah cantik peragawati tempatan?

 ??  ?? RIZALMAN IBRAHIM MEMILIH RITA NADIRA SEBAGAI BINTANG KEMPEN RAYANYA
RIZALMAN IBRAHIM MEMILIH RITA NADIRA SEBAGAI BINTANG KEMPEN RAYANYA
 ??  ?? NASHA AZIZ BUAT KEMPEN RAYA RIZMAN RUZAINI
NASHA AZIZ BUAT KEMPEN RAYA RIZMAN RUZAINI
 ??  ?? G SEORAN SALAH ATI PERAGAW GLAMNEXT HIDAYAH FACE, TANGI MEMBIN KEMPEN IZWA SYOMIR GUPTA
G SEORAN SALAH ATI PERAGAW GLAMNEXT HIDAYAH FACE, TANGI MEMBIN KEMPEN IZWA SYOMIR GUPTA
 ??  ?? SKARF PUCCI
SKARF PUCCI
 ??  ?? ALICIA AMIN DAN AFEQ SAAD BUAT KEMPEN LEBARAN LANA BEG LOUIS VUITTON
ALICIA AMIN DAN AFEQ SAAD BUAT KEMPEN LEBARAN LANA BEG LOUIS VUITTON
 ??  ?? JAM TANGAN DIOR
JAM TANGAN DIOR
 ??  ??
 ??  ?? KASUT HERMèS
KASUT HERMèS
 ??  ?? TALI PINGGANG CHANEL
TALI PINGGANG CHANEL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia