GLAM (Malaysia)

STELLA TENNANT

-

DUNIA PERAGAAN Mengimbas kembali sejarahnya dalam pembabitan peragaan sekitar awal 90-an, kunjungan Steven Meisel ke London untuk suntingan ‘London Babes’ menjadi titik permukaan kariernya. Gambar berukuran passport yang dihantar melayakkan dia untuk beraksi dalam kempen tersebut. Steven kemudianny­a mengusul supaya Stella Tennant mencuba nasib di Paris untuk kempen iklan adibusana Versace. Impian untuk beraksi di pentas Versace pula musnah apabila namanya ditolak Gianni kerana gagal melangkah menggunaka­n tumit tinggi. Ini tidak mematahkan semangatny­a. Dia terus mencuba dan diterima untuk pentas Rifat Ozbek di Milan. RESEPI KEJAYAAN Untuk bergelar model, perkara mudah tapi penting adalah memiliki ukuran badan yang ideal, kerana sample yang disediakan pereka mengikut saiz yang tertentu. Model yang berjaya juga memerlukan individu yang tabah dan bersemanga­t tinggi, perlu bersedia untuk rejection dan tidak terlalu ambil hati. Mereka juga harus sentiasa ceria dan seronok bekerja dalam satu pasukan. AKTIVIS Pada 2009, Tennant bekerjasam­a dengan organisasi gaya hidup hijau, Global Cool, kempen mengurangk­an penggunaan tenaga elektrik di rumah. Video kempen menggunaka­n wajahnya yang berjudul Turn Up The Style. KEHIDUPAN PERIBADI Tanggal 22 Jun 1999 setelah mengikat cinta dengan jurufoto Perancis, David Lasnet di Oxnam, Scotland. Dikurniaka­n empat cahaya mata, Marcel lahir pada 1998, Cecily, diikuti Jasmine dan Iris. tahun 2003 dan 2005. Dia juga membuktika­n bahawa gelaran model bukanlah penghalang untuk dia mendidik anakanak serta menjaga keluargany­a. Pernah satu ketika dia muncul bersama kedua anak perempuann­ya, Jasmine dan Cecily dalam kempen krismas H&M. ONCE A STYLE ICON, ALWAYS A STYLE ICON Gayanya cukup bersahaja dengan sentuhan androgyny loafer dan jeans potongan lurus. Yang pasti, siluet longgar dan lurus menguatkan lagi gaya peribadi wanita hebat ini.

 ??  ?? SEWAKTU PENTAS MUSIM LURUH DIOR
SEWAKTU PENTAS MUSIM LURUH DIOR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia