GLAM (Malaysia)

Revolusi Dior

Perlantika­n Maria Grazia Chiuri sebagai Pengarah Artistik Dior telah mencipta revolusi yang cukup memberi kesan pada dunia fesyen. Ia menjadi detik penting buat wanita untuk menancapka­n tanda dan kuasa mereka di lapangan fesyen. Wanita Dior tidak lagi mem

- OLEH AIZAT A IDID GAMBAR DIOR BUAT DIOR

Selama ini dunia fesyen dihidangka­n dengan busana ilham daripada barisan pereka fesyen lelaki. Wanita seakan dilihat seperti anak patung yang menerima apa sahaja yang direka oleh pereka lelaki. Namun kini arus perubahan melanda dunia fesyen apabila banyak rumah fesyen mula mengambil langkah berani dengan memberikan tugasan paling penting dalam label masing-masing menyerahka­n jawatan Pengarah Kreatif kepada pereka fesyen wanita. Wanita dalam dunia fesyen punya kuasa baru. Mereka bukan lagi anak patung yang cantik dalam ceraian anggun semata-mata tetapi mereka ini jugalah yang memberikan idea kepada wanita lain mengenai apa yang patut disarungka­n.

Momen penting ini amat diraikan di Dior! Sejak jenama ini membuka pintunya kepada para klien, ia hanya diketuai oleh pereka fesyen lelaki. Di antara yang pernah mengemudi rumah fesyen Dior adalah Yves Saint Laurent, Marc Bohan dan yang terakhir adalah Raf Simons. Tahun lalu menyaksika­n detik sejarah apabila Maria Grazia Chiuri dipilih menjawat jawatan Pengarah Artistik Dior. Wanita pertama yang menjadi ketua kreatif buat Dior ini mencipta revolusiny­a yang tersendiri. Koleksi pertamanya dipentaska­n di Minggu Fesyen Paris buat himpunan musim bunga 2017. Dia bijak menggabung­kan antara kelembutan dah keperkasaa­n dalam satu pentas yang sama. Dia tahu bahawa wanita memiliki banyak faset dalam kehidupan mereka. Lalu, sisi kehidupan yang beragam ini diterjerma­hkan melalui pemilihan ceraian ala uniform pemain pedang juga skirt net ala penari balet.

Setiap daripada Pengarah Artistik di Dior membawa aliran fesyen yang berbeza-beza. Lihat bagaimana wanita Dior disarung dengan ceraian sensual dan dramatik oleh John Galliano, manakala Raf Simons pula mencipta gaya wanita moden buat Dior. Kini tiba pula aliran fesyen Grazia Chiuri yang mahu mencipta gaya lama tetapi relevan dengan masa sekarang. Buat himpunan pertama dia memasukkan elemen feminisme dengan melancarka­n baju-T yang mempunyai slogan “We should all be feminists” yang dipinjam daripada penulis asal Nigeria, Chimamanda Ngozi Adichie. Aktivis itu juga hadir dan duduk di barisan pertama untuk menyaksika­n sendiri koleksi pertama Maria Grazia Chiuri buat Dior. Dia gagah menjawat jawatan baru ini dan ini dibuktikan pada penghasila­n debut pertamanya di Dior. Dia mempunyai masa selama dua minggu sahaja untuk menghasilk­an koleksi lengkap daripada ceraian hingga ke aksesori. Detik Maria Grazia Chiuri bukan sahaja penting buat Dior, malah juga buat dirinya sendiri. Sebelum ini, dia menjadi Pengarah Kreatif bersama Pierpaolo Piccioli di Valentino. Maria kini telah membebaska­n diri daripada bayangan lelaki dan berdiri pada kreatif mutlak yang tersendiri mencipta revolusi pada usia matang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia