GLAM (Malaysia)

Sejauh mana wanita sanggup pergi untuk cantik?

- OLEH SUZIE ADNAN

Sudah menjadi lumrah yang wanita itu sentiasa ingin bercantik-cantik. Walau sudah cantik sekali pun, masih lagi tidak cukup. Mahu lagi cantik. Sanggup labur duit beribu-ribu untuk produk termahal, untuk rawatan tercanggih, untuk dapatkan khidmat plastic surgeon paling bagus. Ada wanita sanggup mengambil ‘cuti’ beberapa minggu untuk ‘recover’ dari prosedur kecantikan tertentu, konon ke health retreat untuk sekadar yoga dan urut. Ada juga wanita yang sudah sedia cantik, tetapi masih sudah gatal mahu mencuba itu ini. Kulit sudah putih mulus... tapi mahu lagi putih, lagi mulus. Maka pelbagai macam lah cara dilakukan untuk ‘maintain’ putihnya itu hinggakan melecet kulit muka kemerahan. Seperti seseorang ini yang memang dikenali kerana kejelitaan rupa parasnya, dek kerana kemaruk mahu lagi cantik, raut wajahnya hari ni sepertikan watak kartun anime. Cantikkan begitu? Obses mahu cantik dikalangan wanita hari ini ada kalanya bunyi seperti tak masuk akal. Bagi saya, artificial­artifi beauty tiada cantiknya. Tidak sikit pun tercela d dengang noda, langsung hilang garis halusnya sampai muka seakan tiada ekspresi, seperti patung. Nak berse bersembang pun, kita jadi distracted melihat s sisi-sisi janggal di atas muka yang melalui prosedur demi prosedur bertimpa-timpa. Indahnya wanita apabila garis dimukanya m menjadi pembuka cerita, mengenai p pengalaman hidupnya. Episod ketawa ge gembira dan duka lara, segalanya tersimpul dar dari garisan-garisan di muka yang membawa seri seribu satu cerita. Bukan mahu membelakan­gi kepe kepentinga­n menjaga kecantikan diri, tetapi jangan berlebihan hingga zahir yang ada kini bukan lagi sepertise diri sendiri.

 ??  ?? DIOR
DIOR
 ??  ??
 ??  ?? IAN KARDASH KIM SOFIA VERGARA
IAN KARDASH KIM SOFIA VERGARA
 ??  ?? JENNIFE RLOPEZ
JENNIFE RLOPEZ
 ??  ?? SK- II
SK- II
 ??  ?? GIVENCHY
GIVENCHY
 ??  ?? ISSEY MIYAKE
ISSEY MIYAKE
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia