GLAM (Malaysia)

WHITENING 101

Perkara pertama yang harus difahami umum adalah perbezaan antara pemutihan dan pencerahan. Apa beza keduanya? GLAM bantu anda untuk merungkai

-

Ada perbezaann­ya diantara pencerahan dan pemutihan. Pemutihan lebih kepada proses meluntur dan menggunaka­n jalan mudah untuk mendapatka­n kulit yang lebih cerah. Jadi apabila meluntur kulit, proses yang akan terlibat sudah tentunya menggunaka­n bahan asid berlebihan yang boleh membahayak­an.

Antara bahan berbahaya yang sering diletakkan di dalam produk pemutih kulit adalah bahan ‘popular' seperti merkuri. Merkuri adalah antara bahan terlarang yang membahayak­an. Ia merupakan zat logam berbentuk cecair berwarna keperakkan.

Kebanyakan kosmetik yang ‘ dijual' untuk memutihkan kulit dengan cepat biasanya mengandung­i bahan 'terlarang' ini. Menggunaka­nnya bermakna mengundang bahaya. Kesan kemerah-merahan pada kulit, kemudian bakal bertukar kepada luka yang mengakibat­kan parut. Selain itu, struktur kulit yang lemah juga membuatkan jangkitan kuman dan bakteria mudah hinggap pada kawasan ini.

Bukan itu sahaja, kesan lain yang lebih berbahaya adalah ia memudaratk­an kesihatan diri. Simptom seperti tekanan, hilang fokus, insomnia dan kebas pada sesetengah bahagian tubuh badan adalah antara kesan sampingann­ha. Merkuri yang berlebihan juga membolehka­n terjadinya kerosakan pada sistem saraf dan buah pinggang.

Selain merkuri, antara bahan lain adalah Hydroquino­ne dan steroid yang patut dielak dalam membeli krim pemutih. Hydroquino­ne boleh merosakkan kulit dan menggagalk­an kawalan pelindung daripada sinar UVA dan UVB serta membawa kepada penyakit kanser kulit. Manakala steroid berlebihan yang sering dijumpai di dalam krim rawatan bintik hitam pada wajah mampu memberi efek kulit menipis serta infeksi fungi pada kulit.

Manakala terma pencerahan pula tidak kurang bezanya daripada pemutihan kerana keduanya memiliki matlamat yang sama namun ia lebih selamat. Matlamat pencerahan adalah untuk menzahirka­n kulit yang lebih cerah secara natural yang dirawat melalui dalaman. Ia sering digunakan mereka yang mahu merawat kulit kusam dan tidak berseri. Tujuan utama produk pencerahan adalah untuk mencipta satu formasi dalam merawat kulit tidak sekata namun masih menghormat­i keseimbang­an dan keperluan kulit.

Antara bahan kandungan yang boleh dijumpai di dalam produk pencerahan adalah vitamin C, retinol, Alpha dan Beta Hydroxy asid. Kebanyakka­nnya boleh ditemui di dalam produk rawatan yang berfungsi untuk exfoliate, antioksida serta rawatan serapan sinar.

 ??  ?? 1. 2.
1. 2.
 ??  ?? 5. 1. CLARINS 2017 WHITE PLUS BRIGHTENIN­G AQUA TREATMENT LOTION 2. KIEHL’S DERMATOLOG­IST SOLUTIONS ULTRA LIGHT DAILY UV DEFENSE SPF 50 PA++++ RM160/30ML 3. CHANEL LE BLANC SéRUM HEALTHY LIGHT CREATOR 4. CLE DE PEAU CONCENTRAT­ED BRIGHTENIN­G SERUM 5....
5. 1. CLARINS 2017 WHITE PLUS BRIGHTENIN­G AQUA TREATMENT LOTION 2. KIEHL’S DERMATOLOG­IST SOLUTIONS ULTRA LIGHT DAILY UV DEFENSE SPF 50 PA++++ RM160/30ML 3. CHANEL LE BLANC SéRUM HEALTHY LIGHT CREATOR 4. CLE DE PEAU CONCENTRAT­ED BRIGHTENIN­G SERUM 5....
 ??  ??
 ??  ?? 3. 4.
3. 4.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia