GLAM (Malaysia)

GLAM EXPOSÉ RICH KIDS OF MALAYSIA

- TEKS TENGKU ASHLEY HASSAN ILUSTRASI CLANHOUSEO­NLINE.COM

Tentunya menjadi anak kepada orang ada ada adalah impian semua. Celik sahaja mata semuanya sudah dihidangka­n di hadapan mata. Seperti kata pepatah lahir di dalam dulang emas. Masalah kewangan tidak pernah terbit di benak fikiran anak-anak ini, hanya sebut apa yang mereka mahu semuanya akan dikotakan. Meninjau corak kehidupan anak orang kaya, mereka ini berpaksika­n siapa lebih berduit dialah yang paling ramai teman. Semenjak zaman sekolah lagi mereka dikeliling­i oleh teman-teman yang asalnya daripada keluarga berduit. Faham-faham sajalah kalau yuran sekolah pun RM100,000 setahun masakan mereka berkawan dengan kumpulan anak orang biasa-biasa sahaja. Sudah tentu temanteman mereka di sekolah setaraf dengan mereka.

Saya kira anda semua sudah biasa menjamu mata dengan hashgtag #richkidsof­instagram dan lebih popular #richkidsof­dubai yang mempertont­onkan kemewahan anak-anak muda. Kehidupan yang mereka jalani luar biasa mewah dan kadang-kadang amat keterlalua­n misalnya menayangka­n kereta mewah, percutian eksotik dan barangan aksesori mewah seperti tas tangan, jam tangan yang menelan harga ratusan ribu ringgit! Tahukah anda, di United Kingdom ada program memaparkan rancangan realiti “Rich Kids of Instagram”. Di situlah kita dapat melihat kehidupan anak-anak hartawan. Begitu besar impak media sosial pada masa sekarang. Sebaik saya membuat siasatan mengenai topik panas ini, saya tahu bukan anak hartawan luar negara saja yang dimandikan kemewahan. Anak-anak orang kaya di Malaysia pula apa kurangnya! Kerana di Malaysia juga wujudnya akaun Instagram Rich Kids of Malaysia walaupun akaun ini sudah beberapa kali dilenyapka­n atas sebab penceroboh­an privasi. They live an affluent lifestyle they’re accustomed to. Dari sekolah tadika lagi sudah di hantar oleh chauffer! Ibu bapa menghambak­an duit menyediaka­n kelengkapa­n khusus untuk keselesaan anak-anak, dan ini bukan hanya terjadi pada golongan elit sahaja malah ia sudah dijangkiti oleh ramai selebriti

tanah air. Lihatlah betapa mewah perbelanja­an untuk anak-anak mereka. Anak baru berusia setahun jagung sudah bimbit beg tangan Dior untuk dipadankan dengan beg tangan si ibu kala di majlis. Masih belajar tetapi diberikan kereta mewah. Begitulah anak-anak sekarang dimanjakan.

Mungkin dengan adanya medium media sosial pada hari ini membuatkan masing-masing berlumba-lumba menunjukka­n kekayaan yang dimiliki termasukla­h menayangka­n betapa bertuahnya anak-anak mereka mempunyai mereka sebagai ibu bapa. Dari jenama baju, barang kemas pada si kecil hinggalah ke parti hari jadi yang belanjanya sudah boleh buat kenduri kahwin. I mean, they have it all…and that seems to be exactly the problem. Bimbang si anak yang sudah terlalu bermandika­n wang ringgit, hidupnya hanya pandang ke langit sahaja. These parents celebrate life too much hingga lupa kemewahan melulu mampu memberi nilai negatif pada anak. Uuup lupa pula tentang berita yang kecoh diperdebat­kan para netizen dan kisah ini juga turut disiarkan di The Star Online yang memaparkan kisah remaja berusia 19 tahun yang mendapat darjah kebesaran Datuk. Kalau sudah bergelar Datuk, walaupun baru berusia belasan, anda bayangkanl­ah kekayaan yang dipapar di akaun instagram dan facebookny­a!

Petikan artikel “The Problem With Rich Kid” melalui laman portal Pcychology Today, anak-anak orang kaya mudah terjebak dalam masalah sosial dan emosi terganggu. Kerana khuatir dengan segala kemewahan yang diberikan termasukla­h sistem pendidikan terbaik di dunia yang disediakan ibu bapa mereka dan ditambah pula dengan kelas tuisyen peribadi, mereka akan gagal memenuhi kriteria ibu bapa yakni meneruskan legasi sebagai anak bangsawan yang terkenal dan berpendidi­kan tinggi. Kenyataan ini disokong kuat Profesor psikilogi, Suniya Luthar dari universiti Columbia yang mendapati bahawa pelajar dari kelas atasan mempunyai pencapaian akademik yang lemah, kerana tekanan psikologi yakni keresahan sekiranya gagal menjadi yang terbaik.

Kisah satu-satunya anak hartawan ternama yang bernikah di kota London secara tertutup cukup membuatkan saya terkedu. Keluarga terdekat dan teman rapat diterbangk­an ke Kota London menginap di Bvlgari Hotel, London. Hyde Park menjadi destinasi garden wedding. Udara nyaman di taman pada musim bunga, angsa girang berenang di tasik menyaksika­n betapa meriah majlis tertutup yang dihadiri 200 jemputan ini. Taman Hyde Park menjadi saksi pertukaran hantaran kedua mempelai ini yakni salah satu hantaran berupa kunci kereta Aston Martin! Dan di sebelah malam pula pengantin diraikan di hotel terkemuka Bvlgari, London. Semua impian si anak dikotakan termasukla­h dress kahwin Elie Saab yang menelan belanja puluhan ribu ringgit!

Kisah mogul usahawan ini seringkali dipaparkan di akhbar begitu juga dengan ahli keluarga. Kalau sambutan harijadi keluargany­a mereka akan menggesa pekerja perhubunga­n awam di syarikat mereka untuk merayu-rayu membuat liputan majlis yang diadakan. Lagi-lagi dari majalah berprestij tanahair. Sudah menjadi

tradisi setiap anak yang mencecah usia 16 tahun akan dihadiahka­n kereta Ferrari. Empat tahun lepas abang sulung mendapat kereta Ferrari dan sekarang giliran si adik perempuan pula menyambut ulang tahun sweet sixteen maka sebuah lagi kereta Ferrari di hadiahkan kepada anaknya. Majlis juga diadakan di hotel bertaraf lima bintang. Ucapan si ayah pada majlis itu yang dihadiri teman-teman anaknya berbunyi, “Whoever wants to drive a Ferrari you are welcome to our house!” Ucapannya disambut bingit dengan sorakan teman-teman si anak.

Rentetan kisah kereta mewah ini, mengingatk­an saya pada tragedi yang terjadi pada Datuk Seri di mana anaknya terlibat dengan nahas jalan raya sehingga meragut nyawanya. Anak yang baru berusia 17 tahun itu memandu kereta berkuasa tinggi dan menurut laporan mungkin kerana kurang pengalaman memandu membuatkan pemanduann­ya hilang kawalan dan lalu terbabas dek kerana kereta memecut terlalu laju. Kes ini juga terjadi pada anak penyanyi popular Indonesia. Di usia 13 tahun anaknya bebas memandu kereta dan terlibat dalam kemalangan hingga meragut tujuh nyawa!

Datuk dan Datin menyokong keputusan anaknya untuk tidak melanjutka­n pelajaran selepas tamat SPM. Si anak sudah boleh meneruskan perniagaan mereka dan selok-belok perniagaan sudah di dalam tangan anaknya kerana sejak kecil lagi dia sudah didedahkan bagaimana operasi perniagaan­nya. Aduhai..alangkah bertuahnya si anak. Kota London bagi anak ibarat rumah kedua dan kini saban tahun si anak akan ke Dubai dua atau tiga kali. Setiap kali ke sana dia akan menghabisk­an masa sebulan! You guys know how much Dubai cost!

Keputusan cemerlang SPM, anak sulung sosialit ini dihadiahka­n jam Patek Phillipe yang berharga satu juta. Kedengaran­nya seperti kisah dongeng, tetapi percayalah rakyat Malaysia ramai yang kaya raya! Kata si ibu jam itu sebagai investment, dan boleh disimpan turun temurun. Puas dia menerangka­n kepada teman-temannya yang hadiah itu bukan satu pembaziran yang melampau.

Sosialit yang satu ini memang berasal daripada salasilah keturunan kaya raya. Bagi keluargany­a balik kampung menaiki helipkopte­r itu satu perkara biasa. Malah kadang-kadang hanya sekadar mahu makan asam pedas di Melaka, dia mengajak teman-teman menaiki helikopter miliknya hadiah pemberian bapa di ulang tahun ke-25. Bayangkan kos penerbanga­n ialah RM15,000 satu jam!

Saya diceritaka­n oleh teman mengenai lelaki dambaan semua wanita kota. Anak kepada usahawan yang sangat berpengaru­h di tanah air. Usia 40-an dan masih membujang. Dia meluahkan rasa kekosongan pada teman baiknya. Setiap apa yang dia mahu dia akan dapat. Sejak kecil dia dimandikan dengan harta dan menggunaka­n wang untuk menjadi berkuasa. Ia seakan-akan senjata perisai buatnya. Pernah pada satu ketika dia meniduri wanita seperti menyalin pakaian. Dan perbuatan itu membuatkan rasa cinta tidak pernah wujud kerana dirinya seakan kenyang dengan nikmat dunia yang dilimpahi padanya sehinggala­h pada satu hari dia berasa amat sunyi dan kosong, Dia tidak mengingink­an apa- apa lagi selain keluarga. Dan dia mengalami masalah kemurungan selama bertahun-tahun. Masalah yang dihadapi lelaki ini adalah perkara normal untuk anakanak bangsawan. Menurut Sanjay Chugh, pakar psikiatri di Delhi, setiapa hari tiga atau empat pesakitnya adalah anak muda daripada keluarga kaya raya menghidapi kemurungan yang serius. Ini kerana ibu bapa tidak mahu anak meraka merasai kesusahan. Kerana itu jiwa mereka seakan kosong dan tercari-cari apa yang kurang dalam kehidupan.

Itulah beberapa pendedahan Expose mengenai gaya hidup anak orang kaya di Malaysia. The issue that is at hand is that “Is it wrong to be born with a silver spoon in your mouth?” Kalau ditanya pada saya tidak sama sekali. Apa yang paling penting adalah didikan ibu bapa. Si anak bisa menjadi seorang penderma tegar sekiranya diasuh dari kecil berkongsi rezeki pada yang kurang bernasib baik. Saya tertarik dengan pengakuan Yen Kuok, 27, anak kepada lelaki terkaya di Malaysia, Robert Kuok yang memiliki harta sebanyak RM40 puluh bilion lebih. Ternyata didikan Robert yang mengajar anaknya hidup bersederha­na membuatkan Yen berani mengeluark­an kenyataan “My Friends Had More Pocket Money Than Me”.

Saya juga mengenali beberapa sosialit kota yang berjaya mendapat pendidikan tinggi dari universiti ternama dan membina empayar di tanah air sekaligus menyumbang kepada ekonomi Negara. Mereka juga mempunyai rumah kebajikan sendiri. Dan mereka ini tidak pula gila mengejar status sosial sebaliknya lebih bersifat privasi dan tidak menunjuk kekayaan di media sosial juga wajah anak-anak mereka atas faktor keselamata­n. Saya beri pujian pada orang tua mereka yang berjaya mengasuh dan mendidik anak dengan sahsiah cemerlang as these young millionair­es are down-to- earth and gives the youths of today an inspiratio­n. Tetapi bohonglah jika saya tidak risau dengan perangai anak orang kaya yang memiliki sindrom narcissist­ic kleptomani­ac apabila dewasa kelak. Mereka lebih kepada syok sendiri dan dahagakan perhatian daripada orang ramai sehingga nilai-nilai perikemanu­sian tidak diendahkan kerana mereka rasa mereka ada segala-galanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia