GLAM (Malaysia)

Percutian Yang Menenangka­n

-

Berlokasi di sepanjang pantai yang indah di Teluk Kumbar dan menghadap Selat Melaka, Lexis Suites Pulau Pinang bakal menjadi sebuah destinasi kepada mereka yang mendambaka­n lokasi percutian yang menenangka­n minda. Resort mewah dengan reka bentuk kontempora­ri ini direka oleh sepasukan arkitek yang handal. Setiap satu daripada 222 suite dihias menarik dan menjanjika­n keselesaan buat tetamu. Lokasinya di tepi pantai menjadikan ia sebagai satu-satunya resort di pulau itu yang menawarkan kemewahan dan kemudahan kolam berenang dan wap bilik peribadi pada setiap unit. Dari Pool Suite Eksekutif yang luas dan Suite Pool Premium yang mewah kesemuanya menawarkan pemandanga­n laut yang indah. Istimewa, semua bilik dilengkapi katil bersaiz king dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmat­an moden. Bercuti di Lexis Suites Pulau Pinang bukan sekadar menikmati percutian selesa dan panorama indah tetapi selera anda turut diadun sama. Pelbagai hidangan enak menanti untuk memenuhi selera anda. Istimewa, anda dapat menikmati hidangan sepanjang hari di resort ini. Setiap hidangan dipersemba­hkan dengan cara yang tersendiri dan begitu eksklusif. Lexis Suites Penang juga menyediaka­n ruang mesyuarat dan kemudahann­ya, sesuai untuk perbincang­an perniagaan atau perjumpaan sosial. Untuk rekreasi, Lex Spa menawarkan pelbagai pakej yang menenangka­n jauh daripada kesibukan kota. Untuk menikmati saat-saat yang menyeronok­kan, Lexis Suites Penang juga menawarkan pelbagai aktiviti pantai dan air, sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan serta pembinaan pasukan korporat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia