GLAM (Malaysia)

Raikan Cinta

-

Manjakan diri anda dan insan tersayang di Avillion Port Dickson yang berlokasi hanya 90 minit dari Kuala Lumpur. Avillion Port Dickson adalah destinasi menarik untuk percutian romantis buat anda dan pasangan. Gabungan konsep tradisiona­l kontempora­ri membuatkan resort ini memenangi anugerah antarabang­sa dalam kategori resort & spa. Lokasi resort ini sesuai untuk anda yang mahu melarikan diri seketika daripada kesibukan kota.

Mempunyai 259 bilik kesemuanya termasukla­h Beach Rooms, Garden Chalets, Water Chalet, Premium Water Chalets and Water Villas. Kesemua bilik dilengkapi dengan kemudahan dan katil empat tiang dan katil sofa pangkin serta bilike mandi langit terbuka.

Sebagai penerima Anugerah Avi Spa, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk anda memilih destinasi ini yang menawarkan suasana kampung dengan keluasan 6,250 kaki persegi, termasukla­h spa dua tingkat pavilion yang dibina di atas air. Anda dan pasangan juga dapat menyegarka­n tubuh dengan rawatan spa terkini yakni teknik urutan sentuhan halus dari pakar terapi urutan dengan jaminan menggunaka­n produk bermutu tinggi.

Pada sebelah malam, nikmati makan malam romantik yang diterangi cahaya lilin di bawah kerdipan taburan bintang di The Verte, yang terletak di tengahteng­ah taman hijau menghadap laut Selat Melaka. The Verte menawarkan menu fusion Mediterran­ean dan masakan Asia. Semarakkan lagi cinta anda dan pasangan malalui pakej percutian romantis mewah Avillion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia