GLAM (Malaysia)

PANTON LOGAM

Glam memandang solekan menerusi perspektif yang lain, di mana calitan berus lebih bebas mencipta imej yang lebih kuat pada kanvas wajah. Fesyen, sub budaya, filem serta masa depan berhembus dalam satu roh agar tema konseptual dapat dihasilkan dengan lebih

- Oleh YANA BAHARUDIN Arahan Seni ZULKIFLI SULAIMAN Solekan & Rambut KF BONG Foto AARON/ LENSWORKS STUDIO Model DAYANG ATIKAH

RETROSPEKT­IF KARYA

PETER PHILIPS Mengutip kata-kata Peter Philips, Pengarah Kretif dan Imej Dior Make Up yang berasal dari Antwerp, Belgian, proses mencipta sesuatu look baru boleh membuatkan dia berada pada zon khayalan yang tidak pernah dia kunjungi sebelum ini. Ini menyebabka­n dia masuk ke dalam frekuensi ‘ high’ yang semulajadi. Nasihatnya, jika mahu merasai nikmat keasyikan jangka masa panjang ia wajib melalui proses merangka konsep dan memiliki idea yang asli.

Dia mengingatk­an juga perihal penggunaan bahan solekan dan tidak perlu terikat. Inspirasi hadir dalam pelbagai bentuk. Seperti yang pernah diciptanya di pentas Fendi musim bunga 2012, aluminium perak dijadikan medium asas solekan untuk menjadikan bahagian mata lebih dramatik dan artistik. Mengaplika­sikan Stylo Yeux Waterproof Long Lasting Eyeliner serta maskara Inimitable dari Chanel lalu diperkemas­kan kulit hanya dengan menyapu Chanel Blush warna Rose Écrin supaya wajah masih kelihatan ‘ bogel’. Lalu disudahkan dengan meletakkan gam supaya aluminium perak tadi melekat pada bahagian mata hingga menutupi kening.

Mengimbas pula hasil kerjanya di pentas adibusana Chanel musim bunga 2014, fokusnya pada bahagian mata dengan melukis cat eye mod menggunaka­n penggaris mata hitam dan mewujudkan glitter bespoke pada bahagian bulu mata bawah. Penampilan solekan ini tampak ringkas namun keseimbang­an di antara garisan grafik umpama langit malam yang terhasil menerusi garisan tebal bersama cahaya bintang berprisma yang diwujudkan oleh labuci halus pada bawah mata. Ini memberi idea baru buat solekan malam musim itu.

PENTAS MUSIM BUNGA/

PANAS 2017 Menyentuh soal rona logam perak atau platinum dalam konteks solekan untuk musim ini terus diperbahar­ui. Solekan perak tidak lagi menemani lingkaran kelopak mata malah Pat McGrath mengusulka­n bahawa calitan warna perak perlu lebih kreatif daripada biasa. Memperliha­tkannya pentas Versace, solekan mata warna perak Gigi Hadid dihiasi pada bahagian dalam kelopak mata di penghujung bawah mata. Ini memerlukan mata dibuka dengan luas agar garisan warna boleh dilukis lebih sempurna. Pat McGratch turut mengangkat warna yang sama untuk pentas Maison Margiela dimana garis kening yang prominen disapu dengan warna perak memperkuat­kan lagi adaptasi era siber.

TOPOLINO: JURUSOLEK

KONSEPTUAL Misi Topolino menerusi solekan turut berbeza. Dia memandang warna dan garisan sebagai dua perkara yang dapat merealisas­ikan fantasinya. Juga terkenal dengan penggunaan prop yang lebih kreatif, langsung mewujudkan kanvas konseptual jadi lebih unik. Bermula sebagai hairdresse­r pada 1984 dia berhijrah dari Marseille ke Paris. Dia yakin bahawa apa yang mahu diketengah­kan waktu itu berbeza dengan apa yang disediakan di pasaran semasa (waktu itu). Kini, lebih 30 tahun jurusolek veteran ini mencipta karya agungnya lantas memberi impak terhadap revolusi persolekan dunia. “Saya masih di sini. Warna kesukaan saya adalah warna yang digunakan sewaktu bekerja. Palet biru, hitam, merah, putih, merah jambu, barbie pink, candy pink, gold dan tentu sekali silver!”.

PAT MCGRATH: JURUSOLEK DAN

BEAUTY MOGUL Pat Mcgrath antara nama yang terkenal dalam mengangkat imej solekan bold serta penggunaan pigmen dan warna baru yang dihasilkan­nya sendiri. Menerusi Pat Mcgrath Lab dia bereksperi­men dengan warna sehingga mencapai piawaian yang ditetapkan yakni jika inspirasi warnanya adalah daripada logam, dia mahu warna yang dioleskan pada wajah mesti hampir sama dengan efek logam sebenar. Oleh itu, menerusi Metalmorph­osis 005 iaitu rangkaian empat warna metal utama diperkenal­kan. Menyediaka­n formula yang unik, dia bereksperi­mentasi dengan bahan medium lain seperti cecair agar warna pembayang mata metal tampak lebih lantang.

 ??  ?? MARTIN MARGIELA PARIS DESIGUAL VERSACE GIAMBA VERSACE VERSACE
MARTIN MARGIELA PARIS DESIGUAL VERSACE GIAMBA VERSACE VERSACE
 ??  ?? ADI BUSANA CHANEL MUSIM BUNGA 2014 FENDI MUSIM BUNGA 2012 STILA SILVER BY PETER PHILIPS UNTUK DIOR NARS DIOR SEPHORA CHANEL
ADI BUSANA CHANEL MUSIM BUNGA 2014 FENDI MUSIM BUNGA 2012 STILA SILVER BY PETER PHILIPS UNTUK DIOR NARS DIOR SEPHORA CHANEL
 ??  ??
 ??  ?? KARYA TOPOLINO MENGGUNAKA­N
GLITTERS DAN KEKUATAN CALITAN KONSEPTUAL­NYA IMEJ ARKIB KARYA PAT MCGRATH UNTUK KOMERSIL HINGGA DEDIKASI PENTAS JOHN GALLIANO
KARYA TOPOLINO MENGGUNAKA­N GLITTERS DAN KEKUATAN CALITAN KONSEPTUAL­NYA IMEJ ARKIB KARYA PAT MCGRATH UNTUK KOMERSIL HINGGA DEDIKASI PENTAS JOHN GALLIANO
 ??  ?? MAINAN BAHAN GEMERLAPAN YANG DIGUNAKAN DALAM KARYA TOPOLINO MENJADI IMEJ IKONIK
MAINAN BAHAN GEMERLAPAN YANG DIGUNAKAN DALAM KARYA TOPOLINO MENJADI IMEJ IKONIK
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia