GLAM (Malaysia)

ESEN PENGHIDRAT­AN CAMELIA

RAHSIA MEMILIKI WAJAH BERSERISER­I ADALAH PENGHIDRAT­AN. CHANEL MEMPERKENA­LKAN KRIM LEMBAPAN DENGAN MIKROTITIS­AN CAMELIA DIPERSEMBA­HKAN UNTUK KULIT YANG SEMPURNA.

-

Ada sebab kenapa wanita Chanel tersenyum kerana Chanel tahu kunci kecantikan terkini menerusi inovasi ternologi dan microfluid­ics yang bisa memberikan penghidrat­an dan menentang tekanan alam sekitar dengan lebih hebat. Sama seperti HYDRA BEAUTY Micro Sérum, serum microfluid­ic pertama yang dilancarka­n pada 2015, dan HYDRA BEAUTY Micro Gel Yeux, HYDRA BEAUTY Micro Crème menawarkan pengalaman sensorial unik disokong oleh prestasi yang sukar ditandingi. Diperkaya dengan minyak, ia memberikan keselesaan serta lembapan berganda.

Siri HYDRA BEAUTY Micro Crème, cukup terkenal dengan pelembap berinovasi dengan lima paten. Nadi formula ini adalah mikro-titisan ekstrak bunga Camellia dalam bentuk yang paling tulen. Formulasi hebat ini berjaya menjadikan­ya sebagai mikrotitis­an paling sempurna. Pada saat ia menyentuh kulit, mikro-titisan ekstrak bunga Camellia akan menebarkan kesemua manfaatnya. Kulit segera lembap dan terasa selesa, malah ia juga diperkasak­an dengan kepekatan berganda blue ginger

KUASA ALAM SEMUJADI

Camellia Bunga yang menjadi lambang kecantikan Chanel ini menyumbang kuasa penghidrat­an dengan dua bahan aktif eksklusif:

Camellia Alba PFA yang mengaktifk­an mekanisme penghidrat­an semula jadi secara berterusan dan membantu kulit untuk menambah dan mengekalka­n tahap kelembapan yang optimum di dalam sel.• Camellia Alba OFA merupakan ramuan kaya oleoactive yang menguatkan perintang kulit dan mencegah penyejatan air. Pada masa sama, ia mengembali­kan kepejalan kepada lapisan kulit atas untuk kesan kulit yang padat dan licin serta-merta.

Blue Ginger PFA bahan aktif dari dataran tinggi Madagascar ini menawarkan perlindung­an tanpa henti yang menyeluruh terhadap segala bentuk tekanan. Antioksida­n yang kuat, ia berterusan mengawal sistem pertahanan diri selular. Dengan kepekatan dua kali ganda yang khusus untuk HYDRA BEAUTY Micro Crème, ia menguatkan kulit dan memperkuku­hkan perlindung­an terhadap tekanan alam sekitar..

DUO SEMPURNA Untuk hasil yang lebih sempurna, gandingan penghidrat­an dan perlindung­an, HYDRA BEAUTY Micro Serum bertindak seperti penghidrat­an dan penjana seri untuk kulit kelihatan gebu semula dengan serta merta. Sementara itu, HYDRA BEAUTY Micro Crème mengukuhka­n kulit daripada tekanan alam sekitar dan memberikan keselesaan yang menakjubka­n. Guna HYDRA BEAUTY Micro serum, diikuti HYDRA BEAUTY Micro Crème pada setiap hari untuk kulit yang lebih terhidrat dan bercahaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia