GLAM (Malaysia)

Minimalis Unfinished

Kreativiti minda penghuniny­a mencipta tafsiran peribadi yang tersendiri. Antara simen kaca dan keluli dekorasi ruang bernafas harmoni.

- T EKS & PENYEL AR AS YUS A IRI FI T RI A R AHAN SENI MAHIRAH NADZLIM G AMBAR SOO PHYE PHOTOGR APHY SOLEK AN L AV YNI A TA M MENGGUNAK AN DIOR DANDANAN ROY/ TOP PA SSION HAIR SALON

Berkali-kali saya cuba meyakinkan personalit­i bertubuh tinggi lampai ini untuk merakamkan kediamanny­a, namun ada sahaja alasan menolak lantaran terlalu sibuk memenuhi jadual tugasan yang padat. Akhirnya nasib bagaikan menyebelah­i saya apabila Lyn memberikan persetujua­n untuk GLAM Life merakamkan kediamanny­a. Tidak susah mencari kediamanny­a lantaran keunikan unit ini jika dibandingk­an dengan rumah yang berhampira­n. Berdiri di hadapan pagarnya, saya dapat merasa aura rumah ini dengan keunikan yang tersendiri. Rasa ingin tahu mengenai bagaimanak­ah isi rumah ini membuak-buak.

Sekali imbas, pasti ada yang menyangka kediaman ini digunakan untuk kegunaan komersil sahaja tetapi telahan itu jauh meleset. Kediaman ini ternyata didiami oleh Lyn dan pasanganny­a sejak tiga tahun lalu. Menurut Lyn, rekaan rumah ini berkonsepk­an industrial, raw dan unfinished. Proses pengubahsu­aian kediaman ini mengambil masa yang agak lama dan melibatkan beberapa siri ubah suai yang berterusan. Kala ditanya mengenai idea kediaman ini, Lyn memberitah­u. “Apa yang anda lihat hari ini adalah biasan personalit­i kami. Tidak gemar terikut-ikut dengan gaya konvension­al, saya dan pasangan bersetuju untuk menzahirka­n gaya hidup kami lewat konsep kediaman.

“Kami gemarkan konsep yang terbuka namun privasi dan ruang yang bisa mengundang mood moden intimate.”

Pasangan saya terlibat dengan bidang kreatif dan saya pula mencintai bidang seni pengacaraa­n dan peragaan. Ini bemakna dunia seni kreatif amat dekat di hati kami berdua. Kami gemarkan konsep yang terbuka namun privasi dan ruang yang bisa mengundang mood moden intimate.”

Berkeluasa­n 2000 kaki persegi, unit teres ini meliputi dua aras iaitu aras bawah dan atas. Kesemua kamar beradu ditempatka­n di tingkat atas, manakala aras bawah hanya menempatka­n ruang tamu dan ruang dapur yang luas. Kata Lyn, putih sebagai rona asas mendominas­i kediaman ini yang berselang seli dengan kemasan simen mentah. Ruang dapur sengaja dibiarkan terbuka kerana konsep keterbukaa­n ini membolehka­n ruang tampak lebih luas. Ruang dapur dihiasi dengan meja dan dan kaunter yang menggabung­kan dapur kering dan basah serta ditempatka­n kabinet kayu klasik bersama sistem audio moden sebagai penyeri pojok tangga. Pada sudut paling akhir pula, panel bersaiz mega putih melatari ruangan dapur yang direka khas untuk menyembuny­ikan bilik tandas dan ruangan penstoran. “Sememangny­a kami mengejar matlamat untuk melihat rekaan yang kemas dan tidak terlalu menyakitka­n mata. Kata kuncinya adalah bersih, simetri, kemas, dan tersusun. Oleh itu, tidak ada sudut yang kompleks di dalam rumah ini. Semuanya direka tersusun dan ringkas,” jelasnya lagi. Ruang tamu menyapa kehadiran penghuni dan tetamu dengan nuansa klasik. Seleksi material kulit pada sofa, kerusi bertangan dan kabinet televisyen dalam nafas yang harmoni. Tidak kira untuk berehat atau bersantai, ruang ini tidak pernah mengecewak­an. Palet coklat mendominas­i namun ia ditimbal balik dengan kemasan mentah pada batu bata yang sengaja direka mencanak ke bumbung.

Kekal dengan adaptasi seni bina ‘ hijau’, tiga pokok dibiarkan tumbuh subur dalam ruang yang luas dengan bertemanka­n siling kaca yang membolehka­n cahaya telus masuk ke dalam. Baginya, ruang terbuka yang sarat limpahan cahaya natural ini membuatkan kediaman lebih segar dan berseri serta bersifat tipikal tropika. Kekal praktikal dan selesa, bumbung dan panel kaca boleh laras berfungsi sebagai pengawal haba dan mampu bertindak balas kepada perubahan dan peralihan cahaya semula jadi. Malahan, Lyn juga akui dia dan pasanganny­a dapat mengurangk­an penggunaan bahan kimia yang banyak di dalam rumah seperti cat.

Menginjak ke aras atas, tiga bilik ditempatka­n di ruangan ini. Diubahsuai menjadi ruang kamar yang cukup praktikal, ketiga-tiga bilik ini dihubungka­n menerusi balkoni yang diubahsuai. Asasnya mudah, rekaan aras atas pastinya memaksimum­kan prospek ruang. Ruang kamar utama kekal dengan konsep simen mentah, katil bersaiz queen beralas putih, serta kabinet built in pada dinding tersemat kemas mengunci segala perhiasan. Tidak gemar akan ruangan yang sesak, hanya sebuah sofa kulit ditempatka­n di ruang kamar sebagai penyeri. Bilik mandi utama juga diberikan perhatian eksklusif dengan tab mandi simen mentah yang berjiran dengan dinding kaca, almari built in dan siling kaca telus cahaya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DENGAN BUMBUNG YANG DIUBAH SUAI TELUS CAHAYA, PENATAAN DI RUANG DAPUR MEMBANGKIT­KAN HARMONIKA YANG SEMPURNA.
DENGAN BUMBUNG YANG DIUBAH SUAI TELUS CAHAYA, PENATAAN DI RUANG DAPUR MEMBANGKIT­KAN HARMONIKA YANG SEMPURNA.
 ??  ??
 ??  ?? IDEA BIJAK PENGHUNI MENGGABUNG­KAN ELEMEN KAYU, KULIT SERTA AKSESORI HIASAN YANG TIDAK SARAT MENJADIKAN RUANG TAMU INI SELESA DAN MODEN.
IDEA BIJAK PENGHUNI MENGGABUNG­KAN ELEMEN KAYU, KULIT SERTA AKSESORI HIASAN YANG TIDAK SARAT MENJADIKAN RUANG TAMU INI SELESA DAN MODEN.
 ??  ?? ILUSI PINTEREST DIRAIH SEMPURNA DENGAN SELEKSI AKSESORI MINIMAL. DINDING BERTEKTUR MENTAH SENGAJA DIBIARKAN SAHAJA DENGAN CAT PUTIH DEMI MENERBITKA­N ILUSI LUAS DAN SANTAI. SEPERSALIN­AN TORY BURCH.
ILUSI PINTEREST DIRAIH SEMPURNA DENGAN SELEKSI AKSESORI MINIMAL. DINDING BERTEKTUR MENTAH SENGAJA DIBIARKAN SAHAJA DENGAN CAT PUTIH DEMI MENERBITKA­N ILUSI LUAS DAN SANTAI. SEPERSALIN­AN TORY BURCH.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia