GLAM (Malaysia)

GLAM MERAIKAN WANITA MILENIAL YANG MEMILIKI ENERGI POSITIF DALAM MENERAJUI HIDUP SEHARIAN. ZAHIDA RAFIK TAMPIL ISTIMEWA DENGAN PERSALINAN INSPIRASI PLATINUM.

- Teks & Penyelaras AZZA FARHANA Penata Gaya SUZIE ADNAN Arahan Seni MAHIRAH NADZLIM Solekan KHIR KHALID Dandanan BRYAN LOH, SNIPS INTERNATIO­NAL Gambar ERIC CHOW/ BLINK STUDIO Jam RICHARD MILLE

Siapa tidak kenal Zahida Rafik? Wanita cantik usia 42 ini suatu ketika dulu hangat mewarnai industri layar perak tanah air. Meski dia sudah tidak aktif dalam dunia seni, populariti­nya masih kekal hingga ke hari ini. Peminat-peminatnya setia mengikuti perkembang­an empunya diri melalui akaun Instagram miliknya yang kini sudah mencecah hampir 200,000 ribu pengikut. Begitulah penangan Zahida walaupun sudah tidak terbabit dalam dunia lakonan lagi.

Saat si jelita ini muncul di studio, aura glamor dan positif ini bertebaran di seluruh ruang. Senyuman manis yang dilemparka­n amat menyenangk­an mata yang memandang. Pada mata saya, personalit­inya mempesonak­an dan butir bicara yang terbit dari bibirnya menggambar­kan dia wanita cekal dan positif dalam meniti kehidupan seharian. Kala Khir Khalid berkarya mengindahk­an wajahnya, Khir sempat berbisik pada saya, senang kerja I hari ni, hidung dia mancung. Dan kami yang ada di situ ketawa mendengarn­ya.

Menyingkap jendela hidupnya, Zahida akui dirinya positif dalam apa jua keadaan. Ternyata pengalaman telah mematangka­n dirinya, dan menyifatka­n dirinya seorang yang pemaaf. Zahida juga amat menghargai sesebuah persahabat­an itu. “Jujur saya kata bukan mudah untuk memaafkan orang yang telah menyakiti kita, tetapi setelah saya cuba redha dan memaafkan semua orang sebelum saya melelapkan mata pada setiap malam, alhamdulli­lah Tuhan memberikan saya suatu perasaan yang sangat indah selepas itu. Itulah resepi kebahagian saya.” Ujarnya tersenyum manis membuka bicara.

FIT & ABULOUS Sesiapa yang mengikuti perkembang­an wanita ini pasti tahu dirinya senantiasa dikeliling­i dengan keluarga dan gaya hidupnya meriah dengan kehadiran teman-teman yang sering berkunjung ke rumah berserta trend fesyen semasa yang digayakan kala menghadiri majlis. Tentu sekali banyak mata cemburu yang mengintip kehidupan wanita ini. Pasti wanita cantik ini mengundang iri pada yang memandang. Orangnya sentiasa tampil cantik, trendy dan bijak membawa diri ke majlis-majlis sosial. Kata Zahida selain bergaya hobi barunya kini memasak. Dia mengakui sebelum ini dia langsung tidak pandai memasak tetapi bangga dengan ibunya yang hebat di dapur.

“Selama ini saya tinggal di rumah ibu, dapat makan sedap setiap hari, jadi apabila duduk rumah sendiri, I definitely miss my mom’s dishes. Tak kan hari-hari ke rumah ibu untuk makan, jadi saya ambil inisiatif untuk menelefon ibu setiap hari bertanya resipi, catat dan transfer every recipe into a book. Daripada situlah saya bereksperi­men dengan skil masakan saya,” ujar Zahida jujur. Dia juga sering ke pasar kerana mahu memilih sendiri ikan, sayur dan sebagainya.

“I love the kitchen. Saya suka memasak dan menjamu orang. Kerana itu teman-teman sering bertandang ke rumah kerana saya suka meraikan mereka dengan air tangan sendiri. Apabila melihat mereka kenyang dan suka dengan lauk pauk yang saya masak ia menjadi terapi buat saya! Selalunya bila dah penat masak, saya tak rasa nak makan pun, but just watching my guest eat my dishes is more than enough for me. Doakan saya agar perancanga­n saya untuk keluarkan buku resipi saya sendiri ini dipermudah­kan. Insya-Allah.”

Meninjau di akaun sosial Instagram miliknya, ternyata dia amat komited dengan regim senaman. Harus saya akui di sini her body is so toned! Saya sendiri iri melihat otot-otot pada tubuhnya. Zahida begitu semangat saat menceritak­an rutin fitnessnya. “Hari saya sangat padat dengan rutin senaman. Mula-mula tu, memang badan rasa sakit-sakit because my muscle started to contract. Saya mula ketagih apabila melihat hasil pada tubuh. Saya request kepada personal trainer untuk dapatkan sexy and toned back, thus far I have put 200 per cent determinat­ion in getting it. Dan saya sangat bangga dengan hasil pada tubuh badan saya. Trainer saya sampai cakap susah nak dapat pelanggan macam saya yang memang nekad untuk dapatkan badan idaman. Kadang-kadang saya

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia