GLAM (Malaysia)

KALENDAR OGOS

OLEH SYAZWANI BUSTAMAM GAMBAR AFRIC A ART THE P IGOZ ZI COL L EC T ION, MEL INDA LOOI K L FW16, ARKIB GL AM

-

5

Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 Merupakan kejutan buat peminat, Queen of Jazz tanah air Datuk Sheila Majid bakal kembali menggegark­an Stadium Negara dalam konsert solo berjudul ‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’. Para hadirin akan disajikan dengan kelunakan vokalnya yang tiada tandingan diiringi melodi yang mempesonak­an daripada pemuzik- pemuzik hebat. Nikmati malam minggu dengan baitbait indah lirik lagunya yang mengasyikk­an.

12

Good Vibes

Festival Dijadualka­n berlangsun­g selama dua hari dari 12 sehingga 13 Ogos bertempat di The Ranch Gohtong Jaya, Genting Highland Festival muzik ini menyatukan hos-hos muzik terkemuka dunia antaranya The Kooks, Kodaline, Phoenix dan G-Eazy bersama bakat tempatan seperti Najwa Mahiaddin, Alextbh dan Arabyrd di arena persembaha­n live. Pencinta muzik nantikan kemunculan persembaha­n yang bakal mengisi waktu minggu anda.

16

Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear

2017 Platform bagi barisan pereka untuk membentang­kan ‘Runaway Collection’ terbaru bagi tahun kelima sejak 2013. Mengambil tempat di Pavilion, Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear (KLFW RTW) yang akan berlangsun­g dari 16 sehingga 20 Ogos turut mengumpul lebih 150 pereka berbakat besar serta pereka jemputan dari Australia, Jepun, India, Filipina, Korea selatan dan China. Saksikan koleksikol­eksi busana terkini di KLFW RTW!

28

Art/Afrique, Le Nouvel Atelier Pameran besar seni Afrika yang sedang berlangsun­g di galeri Louis Vuitton Foundation, Paris bakal melabuhkan tirainya pada bulan ini. Selain hasil kerja 15 pelukis dalam koleksi Jean Pigozzi menunjukka­n kepelbagai­an dan kekayaan landskap seni pada setiap lukisan yang dihasilkan menggunaka­n teknik tradisiona­l negara asal mereka. Tekstil juga dipamerkan dalam usaha menceritak­an identiti Afrika Selatan dan menghargai karya seni budaya benua itu.

 ??  ?? SHEILA MAJID AFRICA ART THE PIGOZZI COLLECTION MELINDA LOOI
SHEILA MAJID AFRICA ART THE PIGOZZI COLLECTION MELINDA LOOI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia