GLAM (Malaysia)

5 SEBAB MENGAPA MISS DIOR PERLU DIMILIKI

-

1. Miss Dior haruman lagenda yang dihasilkan dari jiwa couture. Botolnya diilhamkan glamor agar terus ikonik sepanjang zaman apatah lagi kemasan ikatan bow pada penutupnya dikatakan interpreta­si kepada atelier bersejarah di Avenue Montaigne. 2. Edisi prestij Miss Dior ini hanya terdapat 47 botol sahaja di dunia di mana setiap botol memiliki nombor siri. Nombor 47 diambil sebagai bersempena tahun ia pertama kali dikeluarka­n yakni 1947. 3. Bow Miss Dior sengaja dicipta tebal bagi menghidupk­an volume ala New Look. Sulaman dari benang hitam dan pink di atas reben satin cuir warna krim jelas menampilka­n imej tradisiona­l yang sofistikat­ed dan dalam masa sama moden.

4. Motif bunga lily of the valley dan mimosa menjadi subjek kepada sulaman pada bow. Kehalusan seni sulaman ini turut melambangk­an kehebatan para couturiers di atelier Dior dan botol berhias ini seolah-olah merungkai misteri adi busana di rumah fesyen berkenaan yang cukup eksklusif. 5. Masa yang diambil untuk menghasilk­an satu bow Miss Dior adalah lebih daripada enam jam!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia