GLAM (Malaysia)

NEW AGE OF ZEN

Chef Jun Wong

- Chef De Cuisine Restoran Kikubari

Jika anda dambakan kulinari fusion Jepun terbaru di ibu kota, segalanya ada di Kikubari. Asasnya jelas menggabung­kan “kubari” (untuk menyebar) dan “ki” (daya hidup, tenaga, atau perhatian). Kikubari juga merupakan salah satu restoran baru dan menarik untuk anda cuba dan nikmati kehebatan masakan Jepun sambil hanyut dengan dekorasi dalaman yang mewah berasaskan kayu, batu, kaca dan lantai kaca yang tinggi di atas taman Zen yang bergaya dan dramatik. Latar belakang anda Usai pengajian dalam jurusan Pengurusan Hospitalit­i, saya bekerja di restoran Cilantro dan dibimbing oleh bimbingan chef Takashi Kimurad dan selepas empat tahun saya beralih ke restoran bintang Michelin yakni restoran Robuchon au Dome di Macau, China. Sejak itu, saya berpindah dari bandar ke bandar dan tinggal di tiga negara yang berlainan dalam tempoh lima tahun.

Keistimewa­an Kikubari

Falsafahny­a cukup mudah, ‘to place others before yourself’. Kami tidak berkhidmat kepada pelanggan sebagai tugas tetapi kebanggaan. Di Kikubari, kami berusaha sebaik mungkin untuk berpegang kepada konsep ini dan menggunaka­nnya dalam segala cara, termasuk melayani pelanggan, memenuhi keperluan, penyediaan makanan dan mengurus bahan-bahan dan menonjolka­n kemahiran kami sebagai chef.

Misi anda untuk menu di Kikubari?

Progresif. Ia sentiasa dipengaruh budaya Jepun, seperti sepanjang karier saya dan ia sentiasa mencermink­an kemahiran dan teknik saya sebagai tukang masak. Ia juga melibatkan perubahan tabiat makan tetamu, kelestaria­n, sumber bahan, peralihan dan pergerakan dalam industri, pemahaman budaya dan lain-lain. Singkatnya, the vision is growth and adaptabili­ty, defined as progressiv­e.

Keunikan Yoshihiro Narisawa/Nobu

Chef Narisawa mungkin salah seorang chef yang bersederha­na dan paling senang untuk bekerja. Sifat dan perwatakan­nya seakan sama dengan mentor saya yang pertama iaitu chef Takashi. Dalam ertikata lain, being grounded, and solid in techniques, and not much desire to show off.

Menu signatur yang perlu dicuba?

Sukar untuk saya menjawab soalan ini kerana di Kikubari, setiap hidangan, setiap menu, setiap pelanggan dipersemba­hkan dalam keunikan yang sama dan tidak ada perhatian khusus atau berlebih. But I’d say the Crispy Prawn Heads is rather popular amongst customers, bersama Petuna ocean trout trout Petuna lautan, mungkin ini adalah dua menu kegemaran saya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia