GLAM (Malaysia)

USAHA MURNI KELUARGA DIRAJA

-

Menerusi inisiatif GLAM Heart, cucunda-cucunda Sultan Pahang dibawa melawat ke wad kanakkanak di hospital Selayang. Kehadiran enam jelitawan istana ini jelas membawa bersama keceriaan berganda bagi para pesakit. Niat murni keluarga diraja ini nyata mencipta impak tersendiri apabila acara lelongan jam tangan JaegerLeCo­ultre berjaya mengumpul dana bagi didermakan kembali kepada pihak wad buat kegunaan pesakit-pesakit yang tidak berkemampu­an.

Dunia mewah penuh gaya yang dicanang GLAM selama ini diharap dapat memberi inspirasi kepada pembaca bagi mencipta sebuah gaya hidup yang berteraska­n cita rasa dan kualiti. Dalam pada kita menikmati kesenangan hidup, usah lupa tanggungja­wab kita kepada mereka yang sedang berada dalam kesusahan. Ada ketikanya kita sendiri perlu menilai diri dan tanya pada diri sendiri, apakah sumbangan kita pada masyarakat? Jika ada kelebihan, kelapangan dan kemampuan; haruslah kita mencari jalan untuk membantu mereka yang sedang berada dalam kesukaran. Malah Islam sendiri menyatakan harta yang kita miliki sekarang ini bukanlah hak mutlak kita tetapi sebenarnya milik orang lain.

Atas dasar keperihati­nan, GLAM menerusi inisiatif amal GLAM Heart, kembali tahun ini untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Tahun-tahun sebelumnya, tabung GLAM Heart sudah banyak menyalurka­n dana kepada beberapa badan-badan amal menerusi penganjura­n pelbagai acara dan malam gala. Tahun ini, GLAM bercadang untuk turun padang dan kami merangka lawatan amal ke wad kanak-kanak yang sedang menderita sakit kronik. Sesungguhn­ya usaha murni ini membuka mata ramai pihak terhadap kesukaran yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang memiliki anak kecil yang menghidap penyakit kronik. GLAM mahu meringanka­n beban mereka dengan membawa kegembiraa­n menerusi lawatan yang dianjurkan bersama keluarga diraja Pahang.

 ??  ?? SHOWCASE JAM TANGAN JAEGER- LECOULTRE YANG JUGA MENJADI PENAJA UTAMA
SHOWCASE JAM TANGAN JAEGER- LECOULTRE YANG JUGA MENJADI PENAJA UTAMA
 ??  ?? SETIAP PUTERI DIHADIAHKA­N DENGAN SEJAMBAK BUNGA HASIL GUBAHAN FLORES
SETIAP PUTERI DIHADIAHKA­N DENGAN SEJAMBAK BUNGA HASIL GUBAHAN FLORES
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TENGKU CHANELA JAMIDAH NURUL ZULKIFLI DAN MIRA ZULKIFLI DARIPADA MIMPI KITA
TENGKU CHANELA JAMIDAH NURUL ZULKIFLI DAN MIRA ZULKIFLI DARIPADA MIMPI KITA
 ??  ??
 ??  ?? PARA TETAMUTETA­M DIHADIAHKA­NDIHADIAHK­A DENGAN SET KECANTIKKA­NKECANT EKSLUSIF DARIPADADA THE HISTOR HISTORY OF WHOO
PARA TETAMUTETA­M DIHADIAHKA­NDIHADIAHK­A DENGAN SET KECANTIKKA­NKECANT EKSLUSIF DARIPADADA THE HISTOR HISTORY OF WHOO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia