GLAM (Malaysia)

MEMO FESYEN

- OLEH A IZAT A IDID

Nama seperti Azura Awang, Bernie Chan, Elaine Daly dan Tinie adalah di antara peragawati yang cukup popular. Pada era 90-an hingga awal tahun 2000 menyaksika­n mereka dan rakan sekerja yang lain mewarnai pentas fesyen juga halaman fesyen majalah lokal. Kecantikan yang dimiliki oleh wajah Malaysia saya kira cukup sempurna dan membangkit­kan rasa unik yang tersendiri. Saya obses melihat wanitawani­ta tinggi lampai ini dan cukup bertuah apabila dapat bekerja bersama nama-nama gemilang dalam arena peragaan lokal. Antara momen indah peribadi adalah apabila diberi kepercayaa­n untuk merakam lembaran fesyen buat Azura Awang bersama peragawati muda seperti Tuti dan Rita Suraya. Baton fesyen yang dipegang oleh mereka beralih pula pada wajah baru sekarang. Mungkin tidak ramai yang mahu mencuba nasib dalam lapangan peragaan. Bilangan gadis yang mahu bergelar peragawati masih sedikit. Namun ada yang boleh dibanggaka­n apabila melihat mereka ini terbang keluar daripada Kuala Lumpur untuk membina nama sendiri di luar negara. Melihat gadis asal Sabah, Atikah Karim yang rancak di New York hingga ke Milan pasti membuat semua peragawati lokal bangga dengannya. Berita terbarunya dia diberi peluang berjalan melewati pentas Kenzo di Paris. Sosial media Malaysia dibanjiri dengan wajahnya pada acara itu. Angie Ng sibuk di Hong Kong, Gwen Lu pula merantau di kota Eropah dan Tuti menjadi wajah kegemaran di Jakarta.

Memang benar dunia peragaan Malaysia ini kecil. Adakah ini yang menjadi sebab mengapa gadis yang memiliki potensi tidak mahu meletakkan seluruh hati mereka pada kerjaya ini lalu menyebabka­n agak sukar untuk orang fesyen mempertaru­hkan wajah baru? GLAM melancarka­n GLAM’s Next Face untuk merancakka­n semula dunia peragaan lokal dan kami besar hati melihat Natasha Noor yang tidak pernah putus asa untuk menjadi wajah baru dalam dunia peragaan dengan wajah klasik Melayu yang dimilikiny­a. Tanpa wajah cantik mereka ini, pasti fesyen akan menjadi bosan dan kelam.

 ??  ?? KAMI TERBANGKAN GWEN LU KE MAGHRIBI UNTUK MERAKAM KULIT MAJALAH DAN LEMBARAN FESYEN CHANEL
KAMI TERBANGKAN GWEN LU KE MAGHRIBI UNTUK MERAKAM KULIT MAJALAH DAN LEMBARAN FESYEN CHANEL
 ??  ?? LEMBARAN FESYEN BERTAJUK AZURA & CO. YANG MENGGABUNG­KAN AZURA DENGAN PERAGAWATI BARU
LEMBARAN FESYEN BERTAJUK AZURA & CO. YANG MENGGABUNG­KAN AZURA DENGAN PERAGAWATI BARU
 ??  ?? KASUT JW ANDERSON CERMIN MATA GIVENCHY
KASUT JW ANDERSON CERMIN MATA GIVENCHY
 ??  ?? NATASHA NOOR PEMENANG MUSIM PERTAMA GLAM’S NEXT FACE
NATASHA NOOR PEMENANG MUSIM PERTAMA GLAM’S NEXT FACE
 ??  ?? BEG MIU MIU
BEG MIU MIU
 ??  ?? SUBANG COACH
SUBANG COACH
 ??  ?? JAM TANGAN TAG HEUER
JAM TANGAN TAG HEUER
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia