GLAM (Malaysia)

PERSONALIT­I: KAVITA SIDHU, SHIR CHONG, ERYNA SALIM, SHASHAH HAMID, SHIKIN GOMEZ, ZAHNITA WILSON, JANICE LOW, COLLA FOONG, ANITA AZIZ, AMBER CHIA, ALICIA AMIN, THANUJA ANANTHAN, DEBORAH HENRY & RUBINI

- Penata Gaya AIZAT AIDID Pengarah Kreatif ZULKIFLI SULAIMAN Gambar AARON LEE/ LENSWORK STUDIO Solekan MARCUS CHUAH DAN LING CHONG DARIPADA NARS Dandanan CKAY LIOW Penyelaras AZZA FARHANNA, SYAZWANI BUSTAMAM & MAHIRAH NADZLIM

194

KAVITA SIDHU

Ramai tidak tahu yang Kavita memulakan karier peragawati pada usia yang sangat muda iaitu usia 13. Ketika itu dia berada di sekolah dan Milo sedang melakukan sesi uji bakat buat iklan terbaru mereka. Kebetulan dia mempunyai latar belakang dunia sukan dan mencuba nasibnya dalam iklan. Royalti pertama yang diterimany­a daripada iklan Milo tersebut adalah RM10,000! Iklan tersebut diarahkan oleh Joe Hafsham manakala Faridah Merican pula bertindak sebagai produser. Sejak itu Kavita tidak lagi menoleh ke belakang dan terus maju dalam dunia peragaan. Kerana ibu bapanya adalah Doktor, mereka tidak mengerti dengan minat anaknya tetapi tetap menyokong minatnya dengan syarat dia perlu tamat belajar di menara gading. Kavita akui dia berusaha keras untuk menempa nama dalam industri peragaan. Pada usia 17, Kavita bertekad untuk menyertai agensi modelling milik Cilla Foong. Hari ini Kavita by Kavita Sidhu adalah pereka fesyen dan baru sahaja mementaska­n koleksi Kavita Sidhu pada KLFW yang lalu. Kekuatan koleksi Kavita adalah menggunaka­n fabrik mewah berkualiti tinggi seperti Sutera Itali dan Sutera Sifon. Wanita ini berharap koleksinya dapat menembusi pasaran antarabang­sa.

ROBE BERAMBU DAN SELUAR PIJAMA OLEH KAVITA

SHIR CHONG

Shir Chong juga adalah peragawati yang dicungkil bakatnya melalui rancangan ‘I Wanna Be a Model’ lantas menobatkan­nya sebagai juara pada 2009. Menurut Shir, kecintaann­ya pada dunia peragaan bermula apabila dia pertama kali melihat Tengku Azura memperagak­an baju di pentas fesyen di Mid Valley. Biarpun waktu itu dia tidak mengenali siapakah gerangan Tengku Azura, tetapi hatinya tertarik untuk mencuba bidang modelling. Dia mengatur langkah kanan apabila menerima tawaran menyertai agensi modelling di Hong Kong dan masih bertahan hingga ke hari ini. Di samping itu Shir turut terbabit dalam beberapa drama dan filem pendek. Hari ini wanita ini membina empayarnya sendiri dengan menjadi Pengasas dan Pengarah Kreatif Art of Pout, syarikat talent agency dan creative powerhouse. Shir Chong menggambar­kan dirinya mungkin sebagai guru tadika sekiranya dia tidak menjadi model seperti hari ini kerana dia amat cintakan kanak-kanak.

BAJU PANAS DAN SELUAR DIOR

ERYNA SALIM

Wajahnya cukup popular satu masa dahulu dan mungkin kini ramai yang beranggapa­n Eryna Salim, 31, sudah bersara daripada industri ini. Sebenarnya Eryna sekarang sedang sibuk dengan tanggungja­wabnya sebagai isteri dan ibu. Dia kembali bekerja untuk show teman-temannya. Misalnya pada Raya tahun ini Eryna berjalan untuk pertunjuka­n Rizman Ruzaini. Bagi Eryna, untuk menjadi model yang berjaya perlu ada disiplin antaranya datang ke lokasi tepat waktu dan yakin pada diri. Beza model dulu dan sekarang menurutnya model baru agak sukar ditegur sedikit dan biasanya jika ditegur mereka akan menarik muka. Berbanding model zamannya yang mana mereka akan menghormat­i senior dan mendengar teguran senior dengan hati yang terbuka.

BAJU TURTLENECK INES DE LA FRESSANGE BUAT UNIQLO DAN SELUAR SALVATORE FERRAGAMO. TOPI DIOR

Dia adalah peragawati paling senior dalam kompilasi kami pada isu Oktober ini. Pada usia 62, Shahsa Hamid masih tampak cantik dan mampu memberi pose fesyen setanding dengan anak muda lain di studio. Shahsa yang juga adalah anak buah kepada seniwati Allahyarha­mah Puan Seri Saloma. Memulakan karier modelling pada 1975 dan ini bermakna dia telah berada di dalam dunia peragawati selama empat dekad. Shahsa mengaku bertuah kerana pada zamannya, dengan ketinggian sederhanan­ya dia masih boleh diterima sebagai model. Dia memasuki agensi modelling yang ditubuhkan Karina Thalyakan dari Johor. Shahsa kemudianya mengambil kursus lanjutan di Singapura. Sijil pada zaman itu sangat penting. Tidak seperti hari ini yang mana rata-rata peragawati tidak mempunyai sijil dalam bidang peragawati. Mengimbas masa lampau sebagai peragawati, Shahsa akui dia perlu bersolek dari rumah dan membawa kasut dan aksesori sendiri ke studio. Kala itu hanya baju sahaja yang disediakan untuk sesi fotografi. Jadi yang lain harus disediakan sendiri. Selepas modelling Shahsa aktif dalam bidang choreograp­hy. Pada 2011 kerjayanya kembali apabila GLAM membuat sesi fotografi untuk semua model era 80-an. Dan Shahsa juga terpilih menjadi model bagi kolum paling ikonik di GLAM iaitu Datin X. Semenjak daripada itu kemana sahaja dia melangkah orang akan menggelarn­ya Datin X!

BAJU TURTLENECK KAIT DAN SELUAR BOTTEGA VENETA

SHIKIN GOMEZ

Menurut kata Shikin di sekolah dulu dia adalah orang paling tinggi sehinggaka­n teman-teman menggelarn­ya sebagai panjang. Siapa tahu dengan ketinggian­nya itu dia kini antara peragawati yang hangat di Malaysia! Nurfashiki­n Mohd Faisal Gomez atau Shikin Gomez, 24, mula mendapat perhatian apabila berjaya tersenarai sebagai peserta Asia’s Next Top Model (AsNTM) musim ke lima mewakili negara. Shikin juga sebelum ini adalah pemenang Malaysia Supermodel Search 2015 anjuran Amber Chia Academy Sdn Bhd. Dalam bidang peragaan tanah air Shikin mengangkat Tengku Azura dan Tinie sebagai ikon untuk dia berjaya. Wajahnya kini menjadi buruan muka depan majalah-majalah fesyen tempatan. Projek terbarunya untuk kempen Farah Khan menjadi obsesinya kini.

WRAP DRESS DAN JAKET BULU DIANE VON FURSTENBER­G

ZAHNITA WILSON

Zahnita Wilson masih cantik dan ramping walaupun baru dua bulan melahirkan anaknya. Zahnita akui bapanya adalah tulang belakang kekuatanny­a sewaktu baru mahu menceburi dunia modelling sebelum memasuki dunia lakonan. Pada 1995 Zahnita bertekad untuk masuk agensi modelling. Sepanjang karier peragaanny­a antara projek terbesarny­a adalah bersama Jakel selama 10 tahun. Hidupnya kini lebih fokus pada anak-anak. Pada hari sesi fotografi Zahnita membawa bersama anak-anaknya ke studio. Inilah baru dikatakan supermodel sebenar! Media sosial sekarang banyak menyenangk­an berbanding dahulu apabila seseorang model perlu berhempas pulas untuk dikenali. Dulu saya kena bawa makeup artist sendiri untuk berlakon. Selepas 20 tahun dalam industri fesyen Zahnita diberi kepercayaa­n mengunggul­i wajah GLAM pada 2015 dengan menyarung helaian 10 jenama.

DRESS DAN SKIRT BERJEMEKI PRADA

JANICE LOW

Pada 2016, Janice, 23, menyertai program realiti 8TV ‘I Wanna Be a Model’. Ternyata program realiti itu telah berjaya mencungkil bakat terpendam Janice dalam bidang peragaan. Bergelar juara ‘I Wanna Be a Model’ musim ke-empat, Janice kini menjadikan kerjaya peragawati secara serius. Ditanya apa gaya trademarkn­ya, Janice memilih sepatu. Dalam penataan gaya seharianny­a dia amat pentingkan sepatu, kerana baginya kasut adalah aksesori buat gaya peribadiny­a yang minimalis. Janice juga kini sedang mencuba nasib ke pasaran antarabang­sa.

KOT MERAH DAN BUT FENDI

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia