GLAM (Malaysia)

GLAM LIFE: KELESTARIA­N SENI BINA

Melestarik­an struktur seni bina lama dan suntikan kontempora­ri, pemilik kediaman ini berjaya memanahkan pesona tersendiri.

- TEKS& PENYELARAS YU SAIR I F I T R I ARAHAN SENI A F I Q K HAI RU DING AMBAR SOO PHYE PHOTOGR APHY SOLEKAN EMMY T E O MENGGUNAKA­N SISLEY DANDANAN S E A N CHOONG/ SALUN HAIRQUART E R

Farah Azizan tidak perlukan pengenalan. Bersama-sama temannya, Adelah Askandar selaku pengasas Studio Bikin dan semua tahu kedua-dua wanita ini cukup disegani dalam dunia arkitek dan seni bina Malaysia. Atas alasan inilah GLAM Life edisi Oktober menyapa Farah untuk menyelami dengan lebih mendalam mengenai cita rasanya dalam dunia seni bina terutamany­a pada kediamanny­a sendiri. Berlabuh di salah satu sudut paling sibuk di Bangsar, kediaman ini telah dibina sekitar 1950 dan masih utuh dengan seni bina lama, berstruktu­r solid dan reka bentuk yang timeless. Menurut Farah, setelah berjaya meyakinkan pemilik rumah ini, beberapa tahun lalu, dia membuat keputusan untuk melakukan penambahba­ikan mengikut gayanya. “Perumahan ini adalah salah satu teres rumah pertama di Bangsar dan saya mahu mengekalka­n sebanyak yang saya boleh dari rupa asalnya seperti warna, rekaan jubin mozek, gril lama dan dinding. Memandangk­an saya tidak meletak bajet yang tinggi untuk pengubahsu­aian ini, saya memikirkan adalah baik untuk mengitar semula apa yang bisa di kitar semula dari kediaman ini. Ketika saya merobohkan dinding-dinding di lantai bawah untuk mewujudkan ruang yang lebih terbuka, saya mengitar semula bata yang patah menjadi pagar dinding mengelilin­gi tanah ini. Begitu juga dengan gril lama saya gunakan untuk skrin dan pintu. Pintu masuk utama dialih ke bahagian tepi dan saya menutup keseluruha­n pintu utama kerana ia sentiasa sesak dengan kenderaan yang lalu lalang. Dia mencintai suasana tenang dan terasing dari dunia luar lalu pepohon menghijau menghuni segenap pelosok halaman rumahnya. Suasana damai cukup dirasai kala

 ??  ?? ILHAM EKLEKTIK TROPIKA MENDOMANAS­I NAFAS DEKORASI BUAT KEDIAMAN FARAH
ILHAM EKLEKTIK TROPIKA MENDOMANAS­I NAFAS DEKORASI BUAT KEDIAMAN FARAH
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia